Saturday, December 15, 2012

Salam Safar 1.2.34



Hari ini kita sudah masuk bulan Safar 1.2.34

Teringat masa saya kecil orang tua-tua ada sebut Mandi Safar. Kononnya pada bulan Safar, ramai-ramai ke laut dan mandi buat buang celaka, cuci nasib tak untung dalam air laut.
Alhamdulillah saya dilahirkan pada zaman yang bukan jahiliah begitu.

Bercakap hal laut. Masa saya pergi Padang, Sumatra Barat balik bercuti bulan Oktober 2012 lepas, kami lalu Kampung Air Manis dan menyelusuri Pelabuhan Teluk Bayu. Bila kami berhenti di Pantai Malin Kundang, drebar kami selaku pembawa pelancong juga sibuk suruh ambil gambar pandangan pantai. Kata drebar itu pantainya cantik. Lalu dengan ghairah saya pun menjenguk pantai yang dikatakan cantik itu.
Terkejutnya saya melihat tahap kecantikan pandai itu. Terus terang saya kata pantai ini berselerak dengan sampah sarap, tin minuman, plastik bungkus makanan, payung patah, kertas kotor dll.
Itu lah tahap kecantikan pantai sana.

Apa agaknya reaksi orang-orang yang terpahat dengan tahap itu datang ke Okinawa dan menyaksikan sendiri pantai Okinawa yang tidak ada satu sampah pun? Yang ada hanya pasir putih berkilat sepanjang pantai, seluas mata memandang dan pesisir ombak jernih bersama ikan-ikan yang riang berenang mengelilingi kaki?

Selamat bulan Safar dan nombor tarikh yang cantik ini 1.2.34

*****



No comments:

Post a Comment

Post a Comment