[imej sakura-hostel.co.jp]
Petikan dari buku Sukma Basho Dalam Haiku [terbitan ITBM].
Hlm 85, No. 163
Fuji no kaze ya/oogi ni nosete/edo miyage.
Bayu Sang Fuji/cenderamata Edo/letak di kipas.
Apabila kembali kembara dari Gunung Fuji, Basho yang miskin tiada membawa cenderamata. Dalam haiku ini Basho menyatakan dia hanya mampu membawa angin dari Fuji yang dibekalkan bersama kipas lipat sebagai cenderamata.
Kigo: kipas
*****
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kak. HAIKU sangat menarik. Mempunyai penceritaan tersendiri didalam baris-baris pendek!
ReplyDeleteSalinan komen daripada en. Darma Mohammad di dinding Facebook [12 Mei 2014]
ReplyDeletePuan Leyla Shuri :
'Bayu' dijadikan 'cenderamata' dan dilekatkan di 'kipas'; ini sangat cerdas kerana setiap kali kipas itu digunakan, 'bayu' (cenderamata) itu memberi manfaat (nyaman) kepada penggunanya.
Hemat saya, makna tersiratnya sangat kuat dalam haiku ini. Di sinilah kesulitan utama dalam menulis haiku yang baik, tak sekadar 5-7-5 dan kehadiran kigo semata-mata.
Wassalam.