Saturday, June 14, 2014

14.6.14



[kek macya (serbuk teh hijau) untuk hari ini]

Cantik tarikh hari ini. Yang lebih cantik lagi ialah nombor tarikh yang cantik ini menjadi hari ulang tahun kelahiran saya. Saya dilahirkan pada tahun yang sama Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan.
Ketika itu Malaysia dan Singapura masih satu negara. Ketika itu laluan ke kedua-dua negara tidak perlukan paspot. Ketika itu saya tinggal di Melaka. Ketika itu saya terpisah dari ibu dan bapa yang bertugas di Singapura. Ketika itu arwah nenek yang menjaga kami, seorang janda yang miskin, memberi kami makan nasi dengan jeruk binjai sahaja. Ah, jauh betul perjalanan hidup saya.

Sekarang saya sudah menjadi nenek pula. Tahun ini saya dianugerahkan Ilahi (alhamdulillah) dengan cucu ke-empat.

Tiba-tiba tahun ini baru saya perasan saya digelar penulis. Ah, jauh betul perjalan hidup saya.

Selamat untuk semua, semoga bahagia dan sihat seterusnya.

*****

4 comments:

  1. Alhamdulillah...selamat ulangtahun..dan semoga rezeki melimpah ruah, insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, terima kasih sudi beri ucapan dan doa. sama2 mendapat barakah Allah.

      Delete
  2. Selamat Ulangtahun kak halela. semoga dikurniakan umur dan kesihatan yang barakah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan suzie,
      sudi beri ucapan, terima kasih.

      Delete