Sakura mula mekar di depan rumah saya. Saya pelik dengan sakura ini. Buah ceri yang saya makan itu, benihnya saya campak sambil lewa sahaja. Saya rasa buah ceri itu diimpot dari Amerika Syarikat. Tak mungkin jenis ceri itu berbunga di Okinawa, fikir saya.
Dari sebatang dahan yang kurus, pohonnya terus membesar dan setelah lebih 15 tahun ia berbunga, malah sungguh lebat. Cuma yang peliknya, ceri itu mengikut jenis ceri higan, jenis yang hanya terdapat di Okinawa. Bukan seperti sakura jenis lain yang gugur sehelai-sehelai kelopaknya, higan sakura gugur berkuntuman.
Bukankah benih yang saya tabur 15 tahun lalu diimpot dari luar negara?
Mengapa menjadi ceri higan?
Atau pun semua jenis benih ceri bertukar menjadi ceri higan apabila disemai di bumi Okinawa?

Misteri jadinya...
Projek tulisan yang saya hadap setiap hari sekarang telah berlangsung semenjak 2 tahun. Ini buku-buku rujukan projek itu. Selain dari buku-buku ini, saya guna kamus kulit tebal, kamus digital, kamus online (lain dari digital).
Apabila mata saya pedih, sesekali saya jenguk pohon sakura yang lebat itu dan terfikir lagi misterinya.
Kuntuman bunga sakura hanya bertahan 10 hari sahaja. Apabila kuntuman ini gugur, ajaibnya misteri ini juga hilang dari fikiran saya sehinggalah musim sakura mekar lagi dan misteri ini akan muncul semula.
*****
assalaamu'alaikum
ReplyDelete...misteri betul higan itu.
boleh jadi tajuk novel, kak. ;)
waalaikumusalam cik siti,
Deletebetul juga kan? Bila ada plot misteri nanti, akan cuba pusingkan plot untuk menyesuaikan tajuk ini. Tajuk perlu ada sikit kaitan dgn jalan cerita untuk mengambil hati pembaca.
Beri cadangan ini, domo ne.