Penulis novel ini bernama Kenta Nishimura. Beliau menerima anugerah Akutagawa pada tahun 2010 dengan novel bertajuk Kueki Resshya (Kereta Api Hina). Novel menceritakan seorang lelaki yang tidak berjaya dalam kehidupannya. Protagonisnya kuat minum dan main perempuan tetapi hidupnya berubah setelah dia mengenali seorang perempuan di sebuah kedai buku.
Persekolahan penulis ini hanya setinggi kelulusan sekolah menengah. Ini novel kedua yang memenangai hadiah berkaliber dalam kesusasteraan Jepun.
Saya ingin sampaikan maksud bahawa penulis tidak perlu berkelulusan ijazah saujana muda atau ijazah kedoktoran untuk menulis dan mencapai kecemerlangan dalam dunia persuratan.
Selagi Tuhan memberi ilham menulis, di situlah penulis menanam kepakarannya dan menyuburkan penceritaannya.
Buku ini telah difilemkan di Jepun.
*****
Thumbs up for this post. Totally agree dengan pandapat "Tak perlu dapat ijazah sarjana muda/kedoktoran untuk menulis". Bahkan teori ni boleh diaplikasikan dalam hidup secara keseluruhan. Bukan pada bidang penulisan sahaja bahkan bisnes juga. Yang penting belajar dari pengalaman hidup dan terus bangunkan diri. :)
ReplyDelete