Salji mencair berderet lima tingkat Hina Matsuri. Pohon bertunas mata sepet merenung harapan gadis. Jubah berlapis Raja sehari dua berjuta wang yen. | |
Hina Dolls |
March 3 ialah hari Hina Matsuri atau Pesta Patung. Mengikut kepercayaan orang Jepun hari ini untuk mendoakan anak perempuan selamat dan bahagia.
Adat ini berasal dari negara Cina, orang Cina percaya yang dosa dan balak dalam badan akan dipindahkan ke patung. Keesokkan harinya patung ini dilayarkan ke sungai sebagai menolak bala. Bila adat ini dibawa ke Jepun dari era Edo tahun 1603, ia menjadi hari patung.
Mereka keluarkan patung Hina dan susun atas rak 5 atau 7 tingkat. Rak paling disusun patung maharaja dan permaisurinya, di bawah ini 3 dayang dan di bawah lagi permain musik. Rak yang terbawa disusun menteri dan yang paling bawah dihiasa dengan kembangan sakura sebab kanan dan buah peach di sebelah kiri pula.
Hidangan khas untuk hari ini ialah nasi pulut yang dibentukkan seperti berlian di warnakan hijau. Pulut yang dibentuk 4 segi berwarna merah jambu seperti bunga sakura.
Pakaian patung ini diambil dari era Heian yang bermula pada tahun 794. Jubah kimono patung pemaisuri raja perempuan dipakai 12 lapis sama seperti yang Puteri Masako pakai di hari sandingnya pada tahun 1993.
Latest Type of Hina Dolls
Satu set patung ini berharga yen 1,000,000=RM35,000 dan menjadi khazanah keluarga zaman ke zaman, turun-menurun. Tapi sekarang ramai keluarga yang tinggal di rumah sewa kecil, mereka hanya beli patung raja lelaki dan pemaisuri saja. (lihat gambar yang ada baby).
Kalau ikut pantang mereka, selepas March 3 kena simpan secepat mungkin patung itu sebab jika dilambatkan, anak gadis itu menjadi andalusia.
No comments:
Post a Comment