Wednesday, August 01, 2007

Lahap

Some people said, "O Allah's Apostle! Meat is brought to us by some people and we are not sure whether the name of Allah has been mentioned on it or not (at the time of slaughtering the animals)." Allah's Apostle said (to them), "Mention the name of Allah and eat it."

Semalam saya menerima emel ini dari salah seorang saudara baru yang berkerja dalam pengkalan tentara Amerika. Emel ini bukan untuk saya sahaja tapi untuk semua yang telah dan sedang berkerja dalam pengkalan. Saya kira ada dalam 35 nama dalam senarai emel itu.

Sudah 4 tahun saya mengelakkan diri dari bermakan-makan di rumah kawan-kawan Islam yang tinggal dalam pengkalan. Tak suka makan bersama mereka sebab ada 2 garisan. Satu untuk saya dan orang-orang melayu lain dan satu lagi garisan untuk orang-orang dia.

Garisan itu dipandukan oleh hadis di atas.

Saya bukan pandai sangat berbahas mendalam tentang ugama. Saya juga pernah membaca hadis di atas itu, tapi tidaklah saya terus terjun dan makan daging orang kasi atau dijual di kedai-kedai merata.
Ada banyak lagi ayat-ayat dalam Qur'an yang menguatkan supaya kita makan daging bersembelih cara Islam tapi mereka dalam pengkalan mengambil hadis ini sebagai garis panduan untuk melantak tulang rusuk lembu macam harimau lahap.

Mereka bukan orang cacat mental atau banggang fikiran. Dan berdebat apa saja pun dengan mereka, mereka pasti menang.
Mereka orang pandai, pandai dari segi membaca dan menulis.

Jadi kalau mereka ingin membuat hadis ini sebagai garis-pandu makanan harian mereka, siapa boleh larang?
Lantaklah engkau...sebut aje nama Allah dan makanlah daging steak yang tebal berkilo-kilo, gong-gong rusuk lembu panggang berketul-ketul, stew ekor lembu berjela-jela.

Tapi tak perlu jemput saya sama...thanks but no thanks.

7 comments:

  1. senang sangat tu :) hmmm teringat zaman study dulu2... senang2 je kenkawan makan burger sana sini... selagi mampu elakkan betul tak Kak?

    ReplyDelete
  2. kak rera

    di dunia saya sekarang..terang terang derang makan daging steak dan ayam...siap kata..sebab kita dok luar negeri, baca bismillah...jgn susah susahkan diri....saya terkedu kak...
    Bila terpaksa ikut sama - saya macam kambing, makan sayur sampai semput...

    ReplyDelete
  3. Jahrera,

    Saya punya research associate tinggal di US (muslim sudah dapat PR sana). Kami berjumpa sekali-sekala di negara-negara tertentu. Dlm bab makan jika ada yg halal dia ambik yg halal jika tak de dia makan aje, selain si-kaki pendek tu! Dia seorg yg cerdik-pandai, punyai peribadi tinggi. Saya menghormatinya dan hanya mampu berdoa dalam hati.

    Bagi saya mereka mempunyai latar belakang tersendiri.

    Biarlah mereka dgn cara mereka dan kita dengan cara kitakan...Dia yg maha mengetahui.

    ps: taifu dtg lagi, saya harap Jahrera dan keluarga selamat di sana.

    ReplyDelete
  4. salam ailinlai,
    ye, selagi boleh elak, kita elakkan, bukannya sampai mati kebuluran pun, kan?

    salam ainizakri,
    kalau gitu, boleh adjust sana-sini. Di Msia, ikut ukuran Msia dan di luar Msia ikut ukuran luar negara. Suka hatilah...

    ReplyDelete
  5. salam faruha,
    ribut taufan no. 5 tak sampai Okinawa, melangar kawasan Kyusyu.
    Terima kasih mengharapkan yg baik utk kami.

    Ttg makanan itu, masing2 mempunyai iman tahap sendiri.
    Senang saja nak tahu tahap iman seorang muslim di luar negara...tengok pada permakanan ini!
    Iman is the indicator of the level of submissiveness to Our Creator.

    ReplyDelete
  6. kat sini pun sama juge..ramai yang main boleh je...rasa o.k. boleh makan..terus makan
    bagi aida utk mengelakkan benda ni aida lebih rela sekat pergaulan biar kurang kawan jangan termakan benda yang tak halal sudah.
    aida tetap aida..degil dan kepala batu

    ReplyDelete
  7. we are not sure whether the name of Allah has been mentioned on it or not (at the time of slaughtering the animals).

    kat jepun ni, biasanya, yang sembelih ayam dan lembu adalah orang bukan islam. itulah majoritinya, dan hampir hampir kepada pasti, melainkan di beberapa tempat , di mana orang islam pergi menyembelih pada hari hari tertentu, misalnya Nasir Abdullah di gunma. (masih adakah syarikat ini?)

    ReplyDelete