Sunday, September 09, 2007

Ketai-cellphone



Handphone, Cellphone, cellular phone, handset, ketai, whatever...
semua orang ada, yang tak ada hanya orang yang tinggal di bilik tahanan di Jepun.

Lagi pun bukannya mahal untuk satu set baru di Jepun. Yang tercanggih, terbaru, terlatest pun sama harga dengan sebiji vacuum cleaner.
Harga pembayaran talian pun sudah dikurangkan. Berbagai offer untuk menarik pembeli.
Ada famili diskaun, ada husband-wife diskaun, ada sweet-talk diskaun whatever...

Sekarang pula tak perlu ada talian internet atau pasokom (pc) kat rumah. Ketai pun dah boleh jadi pasokom. Tak perlu digi-kame (digital kamera) lagi, ketai pun dah boleh jadi digi-kame.

Saya...

tak punya handphone, cellphone, cellular phone, handset, ketai, whatever...

Ada dua tiga musim, beli dua tiga set...buang...(beli talian dapat set percuma)

Saya...

tak punya handphone, cellphone, cellular phone, handset, ketai, whatever...

Nah, jangan tercengang lama-lama sangat!

12 comments:

  1. aida ada ketai..tak boleh hidup tanpa ketai ..tapi tak suka jawab kecuali untuk telefon boyfriend suruh beli itu dan ini. Dari malaysia sampai jepun..tak nak pasang telefon rumah..sebab aida suka handphone...lagipun softbank call kan free :)

    ReplyDelete
  2. saya tak ada ketai. bukan tak ada saja, malah tak suka. menyusahkan diri, susah nak bergerak ke sana sini. rasa terkongkong, tak bebas. memang pun bila tengok ketai yang canggih manggih tu tergerak juga nafsu nak pakai tapi prinsip tetap prinsip, membazirkan wang saja. ya lah ketai ler nih memang canggih habis kan......segala benda ada, kat situ lah mobile, tv, radio, internet, digikame, vikame, hdd pun makin besar........apa nak lagi? rumah kecik pun dah tak perlu risau....hebat......

    ReplyDelete
  3. salam aida,
    betul, sekarang banyak talian yang percuma, syarikat ketai buat promosi giler2. Ini free, itu free...tapi jahrera masih tak beli ketai!!!

    salam saroni di mt.blanc.
    samalah kita. Kalau dah ada ketai yg canggih manggih tu, pc ini boleh campak & digikame boleh buang tapi saya masih tak beli ketai hehehe.

    ReplyDelete
  4. kak lela,
    ketai tu apa?

    ReplyDelete
  5. salam zaharahanum,
    Ketai itu dalam Bahasa Jepun bermaksud cellular phone.

    ReplyDelete
  6. kak lela,

    masa kak aini kata kak lela takdak keitai, saya memang tercengang... laa, macamana kak lela yang boleh bersembang sakan pasal pasokon, pasal memory berapa gig, pasal HDD berapa gig, pasal laju internet etc - tapi tak ada keitai...

    hmmm, agaknya kak lela nak kurangkan risiko kena kanser yang berpunca daripada penggunaan keitai atau sakit2 jari disebabkan membalas mesej telefon (sms, mms, cmail,email etc)...

    tapi kalau kak lela tergerak nak beli keitai softbank (boleh sms kat anak sulung kak lela - keitai lain tak leh antar sms), bolehla kita borak2 free jugak... macam aida-kyushu cakap tu la...

    ReplyDelete
  7. salam azra,
    wah, terbuka pula perasaan utk mendapatkan softbank. Tak tau pun softbank boleh antar sms ke sana, thanks a mountain for the info.
    Kita boleh borak2 free?
    Menarik betul tu...hehehee!

    ReplyDelete
  8. k.lela...woh,ye ke? memula mmg cam tak caya je k.lela takde keitai. anyway, itu lah kenyataan nye ek.. Ume, mmg rasa tak keruan kalo takde keitai. hohoho..

    ReplyDelete
  9. jom le k.lela
    ambik le satu..keitai yg 0 yen pun ada..tapi kalau nak ambik package free call antara softbank tu..rasanya kena bayar sikit hp dia..murah je tu..
    AZ Haida boleh tak aida mintak nombor HP Akak dari K.lela..boleh kita bual panjang nanti....dan kita lupakan pasal blog kita kejap..hingga ada orang jeles

    K.lela amacam..bila nak ambik? Aida messg No aida kat MP

    ReplyDelete
  10. salam aida,
    mengeliur-liur offer ini. Betullah aida kata, kena lupakan blog. Kita cakap direct, macam tak caya aje softback buat offer percuma ini. Baru tau!
    Esok akak pergi kedai softbank...la, la, la...

    ReplyDelete
  11. ume chan,
    ada orang kata tentang ketai ini...either you like it or you hate it.
    Selama ini k lela bukan like atau hate, hanya ignore aje.

    ReplyDelete
  12. Kalau semua dah guna ketai, n K Rera lupakan blog, memang saya jeles. Sbb walau pun sy guna hp tp sy punya betul2 basic je, takat bleh buat n recieve call, sms, simpan info sesikit. Yg lain sy tk kisah, tk reti nk guna pun. Datang la yg canggih mana pun, keperluan sy takat tu je. Jd kalu K Rera lupa blog, memang sy abis jeles lah...

    ReplyDelete