Wednesday, September 26, 2007
Autumn moon
Tak ada duit pun tak pe, miskin pun tak pe, tak makan pun tak pe, asalkan bahagia.
Hidup seorang pun tak pe, tak de pasangan pun tak pe, boring pun tak pe, asalkan bahagia.
Hati sakit pun tak pe, air mata meleleh pun tak pe, esok bahagia juga (bacalah kad-kad di video ini).
Inilah tema baru catchy yang popular kat Jepun sekarang yang NHK hebohkan.
Belakang tema ini menasihatkan supaya kita bersabar dengan segala ujian yang menimpa
diri...eenen (sebut: eh neng)
Esok kita masuk ramadhan 14-15 atau nuzul Al-quran.
Juga untuk orang Jepun, dalam setahun bulan yang paling cantik berseri mengambang ialah bulan September atau bulan autumn.
Autumn moon ialah musim segala kerja tanaman diselesaikan. Padi, jagung, gandum, soba antara tanaman yang disediakan untuk menanti hari bersalji selepas autumn ini.
Kira autumn moon untuk mereka berehat dan menikmati segala rezeki dalam tahun ini.
Kalau berkesempatan, dongaklah ke langit dan tenungkanlah kecantikkan Allah bila melihat autumn moon esok dan jangan lupa ucapkan subhanaAllah sambil memuji Kebesaran Allah Maha Pencipta alam ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak lela, tak silap saya, nuzul al-quran 17 Ramadhan...
ReplyDeletekat tokyo - bulan, insya Allah masih kelihatan, tapi bintang-bintang langsung tak nampak apa... apa-apa pun segalanya ciptaan Allah jua, subhanallah...
salam ramadhan 14 azra,
ReplyDeleteapasal tak nampak bintang2 kat tokyo? Langit tak cerah ke?
Nuzul al-quran tu akak kira sikit lebih kurang aje...sekarang teliti betul2 sept 29 tu rupanynya 17 ramadhan.
Bila lah rumah awak nak masuk yahoo BB, macam dan berzaman lama...
Salam Ramadhan kareem Lelahiro-san. wah, rindu beno rasanya. rumanya sudah berpindah di sini. apa kabar sifu ?
ReplyDeletesalam ramadhan 15 sdr bihi,
ReplyDeletewah, rindunya pada Bihi. Hari ini seperti menerima hadiah dgn kedatangan Bihi.
Saya sekarang sedang mengumpulkan tanka melayu untuk dibukukan, insyaAllah dan sudah ada beberapa ahli di situ yang sdr Bihi juga kenal.
Sila daftar di sini, gunakan nama Bihi supaya saya tahu.
http://pondokbasho.4.forumer.com
Saya tunggu di sana :-)
salam kak lela..
ReplyDeletePagi tadi mase drive ke opis jam 6.30 pagi.. bulan mengambang penuh, bercahaya dan nampak cantik sekali. Zar pun terkejut sebab memang lain sekali bulan mengambang masa Ramadhan tapi tak sempat amik gambar sebab tengah driving.
salam zar,
ReplyDeletekan, kan, kan...betul tak bulan mengambang ramadhan cantik berseri.
subhanaAllah.
Malam tadi jam 10.30mlm, k lela naik balconi atas dan tenung bulan itu, sambil menyanyi lagu arwah p. ramli...
"engkau laksana bulan..."
then, jiran sebelah, lelaki tenung akak. Agaknya dia tengok pompuan nie pelik menyanyi dalam gelap!
hishhh....
bulan tgh mengambang juga di melaka. di klebang ada banyak jual kupang di tepi-tepi jalan.
ReplyDeleteNak tambah perisa jugak pada cantiknya bulan akhir-akhir ni dgn sebuah lagu untuk kak lela:
ReplyDelete"Oh bulan tolonglah daku
katakan pada kak lela
kucinta (dan rindu) dia.."
(sung by Shila Majid)
Salam Ramadhan! ;)
salam ramadhan 16 al-waris,
ReplyDeleteingatkan sapalah mengomen, rupanya waris yang dah hilang seberapa purnama.
Nie orang sastera semua rindu-rinduan dgn k lela, musim ke apa?
Meh waris, join forum baru untuk haiku dan tanka. daftar sini...
http://pondokbasho.4.forumer.com
nanti hilanglah rindu, cfu masuk situ hari2.
Salam Ramadan Halela;
ReplyDeleteya malam semalam pun saya renung bulan - penuh membulat bercahaya. cakap pada hubby, subahanallah cantiknya bulan... berseri-seri. semasa bersahur kami anak beranak pun sama-sama mengintai bulan dari cermin tingkap dapur ;-)