Thursday, September 13, 2007

Rezeki Ramadhan

Kadang-kadang saya rasa satu penantian itu sangat menguji kesabaran saya sebagai manusia biasa. Bagaimana saya usahakan, bagaimana saya percepatkan usaha itu dan selepasnya usaha itu tidak menjadi seperti yang dijangka dalam jadual masa yang dikehendaki.

Tapi hanya pengalaman, usia yang meningkat akan mengajar. Masa muda-muda dulu perkara begini kerapkali membawa pada kecemasan atau tekanan.

Tidak lagi...sekarang saya sabar...saya sanggup tunggu.
Pengalaman membuka mata hati ini...kalau direzekikan Allah ia tetap dikabulkan-Nya, tidak kemana jua.

Nah...terbukti kesabaran selama ini. Rezeki hari pertama ramadhan ini...membawa senyuman dari telinga ke telinga sambil saya mengucap alhamdulillah beberapa kali.

Ini mesej dari salah seorang penulis buku antologi, yang sudah masuk proses percetakan...

sdr jahrera... good news! I managed to get our Ipoh city (Mayor-Datuk Bandar) to write a foreword for our haiku (antologi book), so coincidentally Ipoh and Fukuoka are twin cities, so he agreed! mission accomplised at last...

Sedang buku ini dalam proses cetakan sekarang, persiapan mengumpul karya tanka (puisi Jepun dalam bahasa melayu) berjalan dengan ligatnya untuk buku antologi tanka pula.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba menghasilkan tanka dan mungkin karya anda juga akan dimasukkan dalam koleksi antologi tanka, sila lihat link yang tertulis di sini.

5 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki ramadan akak tahun ni sesuatu yg membanggakan
    ..satu lagi sejarah terpatri buat diri k.lela yg dihormati..

    2 kejayaan yg menggunung setelah menakluki mt.fuji..sekarang ini pula

    Tahniah. Tahniah dan Tahniah..moga terus sukses

    ReplyDelete
  2. sifu,
    sekalung tahniah juga buat sifu. berkat, kegigihan, kesabaran dan tawakkal kepada-Nya, maka segala yg dicitakan bakal dicapai. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi kegembiraan dan sukses ini bersama saya aida san dan defina chan.

    ReplyDelete
  4. kak lela,
    tahniah dari saya juga...

    ReplyDelete
  5. tahniah klela. moga kejayaan sentiasa mengiringi klela. hebat!

    ReplyDelete