Thursday, November 08, 2007

Pucuk Labu

"kak lela tak rasa nak balik kampung ke?"

"Tak"

"Tak teringin nak makan makanan kampung ke?"

"Tak"

Alhamdulillah, pulau ini cukup dengan segala benda yang ada di kampung.
Pokok pisang ada merata, kalau inginkan daun pisang, mana-mana boleh tarik.

Lidah dan citarasa ini juga sudah berubah. Saya boleh makan sop miso dengan tauhu-lobak putih hari-hari, ikan bakar, akar gobo, akar bunga teratai, rebung, rumput laut, ulam shiso, ulam mitsuba juga peria katak dan petula.

Sesekali bila terasa ingin makanan melayu, bahannya senang didapati sebab keadaan cuaca sub-tropikal di pulau ini.



Ini pokok cili padi yang menjadi kebangaan Otto. Dia petik 2-3 biji hari-hari diulam dengan tauhu bakar. Berpeluh-peluh dan merah satu muka tapi dia kata dia boleh habiskan satu pokok itu. Pokok cili yang lebat begini bukannya satu keistimewaan di pulau ini. Kadang-kadang terdapat tumbuh liar di tepi-tepi jalan hutan.
Rasa cili padi ini jauh lebih pedas dari yang ada di Msia tapi malangnya saya sudah tidak boleh makan makanan pedas lagi.
Sesekali adalah saya masukkan dalam lemak cili padi, itu pun dalam 5-6 ulas sahaja...bukan segenggam seperti orang yang suka pedas.



Ini ayam masak lemak cili padi dengan labu dan daun labu. Daun labu itu dari kebun seorang kawan. Sebenarnya sungguh sedap daun labu, manis sangat.
Cili padi itu saya masukkan dalam 6-7 biji saja, takut saya pedas sangat.

Saya rasa makanan sebegini pun sudah jarang amat orang-orang di Malaysia dan Spore makan. Ada labu, daun labu, cili padi dan serai...semua bahan kampung.

Jadi tidak hairanlah kalau saya kata saya tidak rasa perlu lagi balik ke kampung...alhamdullilah.

Hidup saya simple, makanan saya kampung...I want nothing more.

15 comments:

  1. huiishhh entry kali cukup menyeksakan dan menyelerakan...
    pucuk labu campur dengan jagung muda..sedappp....manisssss

    ReplyDelete
  2. home is where your heart is, not the place you were born.

    ReplyDelete
  3. salam lina,
    you are absolutely right, my home is here on this island, not some far away place where I was born.

    salam aida,
    betul tu, manis sangat2. Sebelum ini takut juga nak makan sebab daun labu berduri. Tapi bila dah jadi lauk, manisnya sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. Puan Halela,

    lega apabila dapat baca tulisan Puan - tak tahu kenapa - addicted dengan cerita dari pulau itu agaknya.

    rumah bagi saya ialah di mana saya boleh tidur dengan lena. tentunya di katil sendiri, bukan hotel atau rumah orang lain.

    sekalipun hotel lima bintang, "bantal busuk" sendiri dirindui

    tapi patutnya Puan ziarah ke Malaysia lagi - nanti boleh berjumpa sanak saudara dan kenalan dan saya ... heh heh.

    aminahjazilahabubakar

    ReplyDelete
  5. salam aminah,
    entahlah kenapa hati ini tidak lagi ingin balik kampung, saya sendiri tidak faham.
    Ye, istana orang lain sekali pun, rumah saya dengan bantal busuk ini juga yg saya mau.
    Kalau direzekikan saya dapat bertemu sdr aminah, saya nak ngecek ketupat palas...saya belum pernah makan ketupat itu.

    ReplyDelete
  6. Salam kak lela
    Sedapnya pucuk labu kan.. zar pun suka makanan kampung, maklumlah tekak tempoyak, petai.. hehe

    ReplyDelete
  7. sedap tu pucuk labu, sekali sekala pengat labu pun sedap gak. Kak Lela pernah makan masak lemak betik muda? Perghhh itu pun sedap.

    ReplyDelete
  8. salam anony,
    Lain kali tulis nama ye.
    Tuan rumah tak publish sebab tuan rumah takut orang tak kenal masuk rumah hehehe.

    ReplyDelete
  9. salam alinlai,
    kat sini orang okinawa, goreng betik muda buat lauk. Mereka potong panjang2 dan goreng dgn apa2 yang ada.
    Ada jual betik muda kat pasar, ada orang kata betik muda pun sedap buat kerabu.
    Boleh tak alinlai tuliskan resepi masak lemak betik muda sebagai entri nanti?
    Nak tengok cara masaknya :-)

    ReplyDelete
  10. salam zar,
    kat pulau nie alhamdulillah banyak juga bahan yg boleh buat cara masakkan kampung, kira kata orang Indonesia...tak lah kepingin sangat (orang melayu kata...taklah kemaruk sangat...betul tak ayat ini?)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah masak labu dengan ayam. Nak kena try ni. Kak Lela nak tau, satu hari I busy, kawan I yang pergi umrah tu siap copy and email untuk I baca tau. Almaklumlah untuk breakfast. So kak lela keep on writing for my breakfast :)

    ReplyDelete
  12. salam ummi,
    untungnya ummi dapat kawan setia macam itu, kena jaga baik2 hati kawan macam ini...kirim salam k lela pada kawan setia itu ye :-)

    ReplyDelete
  13. kak rera...

    dah tak makan pedas? betul ke ni ;) tingat aritu masak lomak cili padi akak buat saya berair mata dan hitam muka he7x

    ReplyDelete
  14. alamak k lela... terbayang2 kesedapan lauk k lela ni bila baca description & tgk gambarnya tu... hmmm terliur... hmmm mlm ni nak soh cik abg carik ayam & labu kat pasar malam heheh

    ReplyDelete
  15. Puan Halela,

    Salam.

    Kucing ... kucing datang
    Nak dibuang hak orang
    tak diberi makan
    nanti Allah Murka
    Tapi rumah jiran tu
    yang pemilik kucing tu
    bersih mak aiiii

    rumah kita banyak bahan buangannya
    jiran-jiran lain marahkan kita

    bila si jiran pemilik kucing tu jumpa kucing dia depan kita dia kata

    "Comel ... kau pergi mana, jom ikut mak balik"

    walhalnya sebelum subuh lagi kucing dia dah datang mintak makan kat rumah kita

    "..... aku buang jugak! tak kiralah berapa ribupun jiran aku tu beli kucing tu .... apa kita ada sign agreement ke kau beli aku bela?" demikian kata hati yang marah ....

    aminahjazilahabubakar

    ReplyDelete