Saya selalu baca blogger di Malaysia mengadu dan menulis dalam blog masing-masing tentang kucing-kucing yang berkeliaran keliling rumah mereka. Ada yang kata kucing jiran, ada yang kata kucing kena buang, ada kata kucing tidak bertuan.
Apa-apa pun kucing-kucing itu bukan kucing kesayangan dan kepunyaan mereka.
Yang menyebab mereka tulis di blog tentang kucing tidak bertuan itu ialah masalah pembuangan najis kucing itu. Ada yang masuk dalam kawasan laman mereka menggorek tanah dan memberak lalu menutup najis. Kucing begini bernama kucing beradap, pandai menutup taik masing-masing tapi ada pula kucing yang berak tapi tidak segan meninggalkan tanda.
Inilah masalahnya.
Sebenarnya adakala kucing-kucing itu bertuan tapi saja tidak mengotorkan halaman rumah tuan sendiri, lalu membuang najis di rumah jiran.
Kucing begini dipanggil kucing masuk ajar, kucing yang ber-understanding dengan tuan rumah sendiri.
Kalaulah setiap kucing yang bertuan tahu membuang najis di laman rumah tuan sendiri, alangkah amannya dunia di Malaysia, tak gitu?
Di Jepun, tuan-tuan yang punya kucing masing-masing beriktiar untuk mengamankan halaman jiran. Walaupun berpagar rapi sekalipun, kucing-kucing dari luar tetap dapat masuk juga dalam laman rumah yang bersih.
Idea yang paling berkesan kalau dilihat dalam gambar ini, isikan 1-liter botol pet dengan air dan dirikan berbaris atas pagar.
Cara ini sememangnya berkesan untuk melarang kucing dari melompat pagar jiran.
Mungkin juga kucing boleh masuk ke laman jiran melalui jalan bawah dan tidak perlu melompat pagar, untuk jawapan ini pandai-pandailah jiran itu memikirkan.
Saya cuma boleh syorkan cara ini sahaja.
Susah-susah pun racun saja kucing jiran itu sebab salah seekor kucing saya mati diracun. Kucing itu selalu sangat masuk dapur jiran mencuri makanan yang terhidang atas meja.
Moral cerita ini: Biarlah kucing sendiri mati, asalkan jiran bahagia.
ps: kita diwajibkan berdamai-damai dan beraman-aman dengan semua jiran sekeliling rumah, tak kira jiran lain ugama atau jiran lain bangsa. Ini sunnah Nabi Mohammad SAW dan ada tulis dalam hadis.
Tuesday, November 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rumah kami ni pun jadi tumpuan kucing berak dan kencing. penat-penat balik ke rumah di mlm hari, kena pula membasuh pintu depan sampaikan zaini kata nak beri telur jarum aje. solution kami, pasang jaring setinggi kami di grill depan. tuan punya kucing tak pernah pula mintak maaf ttg kucingnya yg suka buat rumah kami toiletnya tu... bila dah mcm tu, nak buat baik pun malas...
ReplyDeleteKak Lela,
ReplyDeleteKuching kan kalau kita bagi dia makan, dia akan selalu datang rumah kita.. tapi kalau anjing yang berkeliaran macam mana ya.. boleh racun jugak ke?
salam lina,
ReplyDeletenak tanya sikit boleh? apa tu telur jarum?
Buatlah pagar botol air macam gambar tu.
Salam ummi,
Bawang besar adalah makanan haram untuk anjing. Kenapa haram sebab kalau kasi anjing makan bawang, 2-3 hari lepas itu, anjing mati.
Gorengkan cekodok bawang, kalau sampai hati tapi bersedia untuk mengemaskan bakai itu nanti.
Siannya kucing kak lela mati...Kat sini selalu gak kucing lalu lalang, tapi since rumah i ni takde laman, dia cuma jeling2 la...tapi ada sekor kucing hitam tu suka ngendap kat tingkap bilik...kengkdg tu terkejut sbb mata putih jer yg nampak...
ReplyDeletebetul ker anjing tak bole makan bawang besar?
Salam Jahrera,
ReplyDeleteSebelum baca N3 ni terpikir apa ada dlm gambar tu, sekarang tahu lah saya...hihihi
K.Lela dalam kes ni, saya melihat ianya terjadi berpunca dari mentaliti bangsa itu sendiri. Di sini islam dah lama terterap cuma agamanya aje yang belum ada. Di negara kita pula walaupun agamanya ada penghayatannya pula lemah.
Bila saya berada di M'sia pun saya selalu hilang fokus. Kita buat baik org pijak kepala, kita duduk diam-diam dlm rumah jiran melalok (buat bising) tak kira masa (anak jiran India saya yg selalu pasang Hi-fi kuat2). Last-last jadilah 'lantak engkaulah'...
ps:mana pergi komen yg saya tulis kat N3 bawah tu ye?
salam faruha,
ReplyDeletehilanglah komen faruha yg kat bawah tu, jahrera pun tak baca lagi. Mungkin server biong kot?
Orang asing yg tinggal di Jepun tidak dimestikan menjadi ahli kumpulan kejiranan. Setiap tuan rumah di setempat kawasan perumahan dimohon menjadi ahli kumpulan kejiranan. Kumpulan ini melantik setiausaha, pengerushi dll.
Kalau ada sesuatu pengaduan atau komplen, penduduk sesuatu kawasan boleh membuat komplen itu pada kumpulan ini.
Jadi dalam kes anak India yang buat bising itu, kalau di kawasan jahrera, bapa anak India itu dipanggil dan diberi nasihat supaya mendamaikan suasana kejiranan semula. Rukun tertangga dan kedamaian berjiran sungguh ketat di kawasan perumahan Jepun.
salam suhaila,
ReplyDeleteye, kalau sayangkan anjing jangan sekali-kali berikan makanan yang ada bawang besar.
Jahrera dah cuba tapi bukan niat, tak sengaja, anjing itu muntah-muntah putih, tapi tak teruk sebab dia tak telan banyak sangat bawang itu.
ooo, tak tau pulak anjing tak leh makan bawang besar. selalu tak kira anjing ke kucing yg kena buang, lina bagi makan lebihan makanan kami. kena jaga-jaga lepas ni...
ReplyDeleteohhh baru tau anjing tak bleh mkn bawang, bagus ni kalau nampak banyak je anjing liar tu baling je bawang...biar dia makan...lepas tu biar dia mampus...tapi kalau mampus jenuh plak nak buang bangkai... hmmm kejap la nak fikir
ReplyDeleteresepi masak lemak betik tu nanti2 ye... tungguuuuuuuuuuuu!!!
ReplyDeletesalam alinlai,
ReplyDeletehahahaha, kelakar pulak. Baling anjing dengan bawang besar hahaha...dia tak makan bawang bulat-bulat tu. Bau bawang aje dia dah takut...
salam lina,
masakkan aje chicken black sauce tumis bawang besar...
klela... kalau nak ikut hati nina pun nak gak ikut saranan kedua itu.. racun aje kucing2 itu semua sebelum dia racun bunga nina kan?? tp tak tergamak la pulak tengok muka kucing2 itu apa lagi si putih yg gebu dan comel itu :(
ReplyDeletetapi kalo dapat berbaik dengan jiran tanpa perlu kucing mati lagi baik, ye dak?
ReplyDeletekat rumah mak ade gak kucing ntah mana tah datang. beranak kat rumah kitorg, pastu hijrah balik ke rumah tuan... sesekali anak-anak dia bila besar panjang dtg mkn2 kat dapur kitorg... adakala mmg geram jugak, tapi mak kata mungkin dah tertulis mak ayah berkongsi rezeki dengan kucing orang...
so far zar tak de problem kucin berak kat rumah kami tapi rumah kami jadi port kucing lepak.. zar tak pernah halau pun dan tak pernah bagi makan.. sekadar usik usik cam gitu jer sebab kucing tu comel comel belaka...
ReplyDeleteJanganlah bunuh dan racun kucing tu. kesiannn
salam zar,
ReplyDeletemeracun dan membunuh kucing jiran jika marah adalah kerap dilakukan. Sebab tuan rumah tidak menjaga kucing kesayangkan dengan tertip. Kucing lain masuk dalam rumah dan curi makanan, kucing lain berak di laman rumah, itu kesalahan tuan punya kucing. Jadi cara paling adil, mereka racun saja kucing yang bersalah itu.
Kita sebagai tuan punya kucing walaupun rasa kenal siapa yang membunuh tapi tidak berhak menuduh sebab kesalahan pertama sudah jatuh pada diri sendiri.
Senangkan orang Jepun mengamankan keadaan?
Rumah jahrera pulak, selalu bertambah kucing sebab si-tomo bujang itu kutip sana-sani kucing terbuang. Si bujang tu tak boleh tengok kucing tengah jalan kelaparan, dia bawa balik rumah dan kasi makan, lelama bapa dia juga yang melayan...jahrera tak layan langsung!
salam azra,
ReplyDeletenak tahu bajet yg kami serumah ketepikan untuk kucing terbuang tak?
Ini dia...
JPYen5000 (RM150) utk kucing sebulan,
JPYen5000 (RM150) utk arnab sebulan,
JPyen 5000 (RM150) utk anjing jaga pintu sebulan.
Itulah rezeki yang keluarga ini berkongsi bersama haiwan-haiwan yang ada.
*sigh* kalaulah bajet itu boleh disalurkan ke dana masjid, alangkah gembiranya hati ini.
cerita tentang kucing..
ReplyDeleteaida suka kucing..sayang sgt kat kucing..tapi tak bela kucing.
tahun 2002 ..pregnantkan Rina..setiap hari cuci taik kucing jiran kat laman..02 march 2003.. Rina dilahirkan dengan ketumbuhan sebesar ibujari dekat dagu..gara2 keracunan najis kucing. Sampai hari ni kalau nampak parut di dagu rina..aida sedih tak sudah..tapi tetap redha
salam pagi jumaat aida,
ReplyDeleteCuba aida tanya kat klinik kanak2, boleh tak ops dan buang tumbuhan itu? Kat Jepun, kadang2 pembayaran seperti ini jauh lebih murah dari Msia sebab kita join kokumin hoken, ala kad insurans yg aida bawak bila jumpa doktor tu,
tanya ye aida, kita usaha...jgn sedih2 lagi.
sebenarnya aida dah buat plastic surgery untuk rina sebelum usia dia setahun..tapi bekas tu dalam sangat..dr kata kena tunggu usia dia 7 tahun untuk buat laser...tapi teringin nak buat kat sini je..masalahnya suami sibuk
ReplyDeletekami pun tgh mengalaminya kak...jiran sebelah cam tak kisah kucing dia dtg berak dpn dan blakang rumah....sejak kami pindah tak tunjuk muka lagi...sbb adik ipar ygtolong carikan rumahpernah tgr suruh jaga kucing dia sebelum kami balik...tension gak dpt jiran cam gini!Nak minta maaf jauh sekali....i miss japan..nampak sgtttt org kita amat kekurangan budi bahasa.
ReplyDeletesi anony,
ReplyDeletekucing saya diracun jiran bukan saya bunuh kucing itu.
Awak org baik, kenapa tak tulis nama sini?
yg sy plak..kucing sy baik je,mkn mknn kucing shj,berak pun kt rumah je sbb toilet-trained tp jiran plak suka bela kucing cmtu la,yg berak merata-rata sume dan kotor,tp dgn kucing sy pun dia nk amik/curi.cmne..ye la..kucing kita beradab.berak pun tau tmpt ktne,mkn pun hny mknn kucing (ikan sume pun mmg x mkn tau).cmne plak.racun jiran tu,blh..?ahahahah
ReplyDeleteslm umi,
ReplyDeletepandai kucing umi...
racun kucing2 yg berkeliaran ok kot.... bkn menyeksa pon... pas mkn jap jer terus mati...
ReplyDeleteTuan dia law btl2 syg mst la jaga dgn baek..sediakn sangkar yg selesa n salu pastikan ianya berada dlm sgkar yg dikunci bile pas maen2 dgn dia..so xdelah dia melalut g umah jiran tetangga n kdg2 menyusahkn jiran2 plak...
sy ni suke gak kucing p xleh bela kucing sbb sy lbh minat burung...so byk lah brung2 kt umah sy.... harga brung2 plak sekor antara rm500~rm7k... sy tiap2 ari bersihkn & jaga keadaan brung2 supaya x menyusahkn/menimbulkn ketidakselesaan kpd jiran2.
slama ni x kisah pon law kucing2 jiran masuk n kacaw brung2 sy sbb x sampi ati nk sakitkan binatang yg gebu tuh...p pas sekor brung sy mati dibaham kucing jiran, sy pon ilang sabo..mane xnyer...bkn mruh brung nyer kowt..
jiran tu plak wat tak taw jer...mlh mcm nk slhkn takdir plak...p dorg x penah nk pk caner nk pastikn binatang kesayangan dorg dijaga dgn cara yg betul...
last2 sy letak ajer racun dlm ikan mentah... so terbuntanglah 3-4 eko kucing jiran tuh... sj nk bg pengajaran kpd tuan2nyer esp yg x bertanggungjawab....
Guna racun apa ye.. hehe
ReplyDeleteTq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
ReplyDeleteMungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.