Monday, November 26, 2007

Izin Sony

Semalam waktu saya keluar, ada panggilan dari Sony Repairshop meminta izin untuk memperbaiki komputer yang saya hantar ke mereka 10 hari lepas.
Sony repairshop kata motherboard dan tv tuner dalam komputer saya harus diganti yang baru. Padanlah saya tidak dapat tengok tv kat pc dalam setahun dua ini, rupanya tuner dah blank-out.

Tapi...

kenapa harus Sony Repairshop minta izin dari saya?

Oh, mengikut lapuran dari Otto mereka kata apabila mereka memperbaiki komputer itu, semua data, gambar, driver, file yang ada dalam memory kena delete. Kalaulah saya masih inginkan segala dalam memory itu, makanya mereka tidak boleh betulkan dan ini bermakna saya tidak izinkan.
Komputer itu akan dipulangkan pada saya seperti dalam keadaan asalnya...iaitu dengan kerosakkan itu.

Berikan izin atau tidak.

Saya buat panggilan ke Sony Repairshop dan dengan rasminya memberi keizinan pada mereka memperbaiki komputer itu.

ps: lega hati ini semua gambar dalam pc saya sudah masukkan ke external harddrive seminggu sebelum ini.

5 comments:

  1. serius sakit pc kak lela...seb baik tak siap kena sain consent letter. kidding...

    ReplyDelete
  2. salam lina,

    hahahaha...tergelaq besaq den.
    Kelakor beto-lah budak seorang nie.

    ReplyDelete
  3. lepas ni bolehlah tengok TV malaysia semula ek..

    Kak lela, kenapa dengan blog kak ani?

    ReplyDelete
  4. salam zar,

    ye, actually tv msia boleh aje tengok kat internet tv tapi pc yg akak ada tu boleh tengok program biasa kat tv Jepun.
    Kira pc tu boleh buat tv biasa yang pakai tuner dan antenna tu.

    Selalunya k lela pakai tv kat pc tu bila berebut prog dgn otto ni.

    Nie curi2 pakai laptop ayumi bila dia tak de kat rumah.
    Kena tunggu lagi 2 minggu baru dapat semula pc kesayangan tu.
    La ni...blog sendiri tak terupdet dan terkemas, blog orang lain lagilah tak tahu.

    ReplyDelete
  5. To PC K Lela,

    Welkam home!

    ReplyDelete