Tuesday, March 18, 2008

Akhir sakura Mac.2008



Saya berfikir sendiri, musim sakura untuk tahun ini sudah nak habis. Kalau terlepas sekarang, kenalah tunggu tahun depan. Sebelum hujan mencabut kelopak-kelopak sakura, baiklah saya pergi menikmatinya sendiri. Baru-baru ini saya tidak bersama warga melayu di sini pergi berkelah menikmati kembangan sakura.
Inilah gambar bukit di belakang rumah saya. Kalau lihat rumah-rumah di puncak bukit, kawasan dalam lagi terdapat rumah saya.
Saya memandu sendiri pergi mencari kembangan sakura dan berhenti di tepi jalan ini.


Yang menarik sangat dengan pokok sakura ini ialah hanya kelopak-kelopak sahaja menghias jalan itu. Ia tumbuh di bawah jalan.
Saya rasa ingin tengelamkan diri ini dalam kelopak-kelopak halus dan harum itu. Sungguh terpesona dengan kecantikan kraf Allah Ta'Allah, subhanAllah.
Tak kempunan saya tahun ini!


tikaman duri
menusuk jantung
darah tak tumpah ke tanah
hanya berladung di dasar batin
menyerapi liang-liang luka.
..................................
aku meraung di dalam hujan
sampai ke lidah petir
dilarikan tangisanku
ke hujung kaki langit.
[darma mohammad]

9 comments:

  1. Kat Nagaoka ada sakura warna kuning.InsyaALLAH saya ambil gambar nnti.
    Tahun lepas tak ambil sebab tak tahuuuuu

    ReplyDelete
  2. cantek sakura seindah namanya, btw suhaila akk tak tahu ada sakura berwarna kuning,

    salam maulidur rasul klela :)

    ReplyDelete
  3. cantik..
    bunga sakura ni ada bau ye kak...

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul semua,

    pinabate,
    sakura ada beberapa jenis. Ini baru tahu dari suhaila yang tinggal hujung tanjung utara Jepun yang sakura ada yang warna kuning.
    Tak sabar nak tengok sakura warna kuning!
    Ada jenis sakura tak berwangi tapi ada jenis yang halus harumnya.

    nina suria,
    haiku maulidur rasul itu cubaan yang berani...teruskan.

    ReplyDelete
  5. Su pon baru tau ada sakura kuning.Last week ada nihonjin ajak pegi rumah kawan dia, masa nak balik tu dia tunjuk la pokok sakura kuning kat laman dia, tapi ada satu pokok jer la...hihih

    kena tggu mid april br sakura start mekar kat sini ni...tungguuuuu!!!!

    ReplyDelete
  6. cantiknya sakura.. SubhanaAllah...

    ReplyDelete
  7. Subhanallah... cantiknya ciptaan Allah.
    Kalau hari tu saya naik feri 6 jam, dapat saya tengok bunga sakura ye, Kak Lela... :-)

    ReplyDelete
  8. cantiknya sakura. laman kediaman kolej saya telah berkuntum sejenis bungan yang cantik dan rimbun menutupi dedaunnnya. seolah-olah seperti bunga sakura. ia berguguran sealalu apabila ditiup angin. indah..

    ReplyDelete
  9. salam aliffmustakim,

    lama benor rasanya kita tidak bertegur sapa. Mula-mula tanya juga diri ini, siapalah gerangan aliff ini?
    Sesudah membaca catatan di blogger.com, barulah teringat aliff yang selalu membuat tanka dulu-dulu.
    Sekali lagi, sebab ini pertama kali aliff menziarah blog ini, selamat datang aliff dan salam berkenalan semula :-)

    ReplyDelete