Thursday, May 15, 2008

Perlepasan sessi haiku

Untuk mendapatkan perlepasan dari sessi haiku sebelum bercuti buat 2-3 bulan nanti, saya dengan pelahannya duduk di sebelah sensei Machiko dan berbisik padanya.

...sensei, saya akan mengambil cuti selama 2-3 bulan dari Jun ini untuk ke Singapore dan Malaysia.

...dengan suara lantang...

KENAPA LAMA SANGAT? APA BUAT SANA LAMA SANGAT?
(saya diam, terkebil-kebil, tak tahu apa nak kata, terperanjat)

Lama terdiam!

Kawan sebelah tolong jawapkan.




...sensei, harera chan banyak urusan dan tugas bila sampai sana nanti.

...tapi takkanlah urusan dan tugas itu lebih dari 3 bulan?
(membebel sensei lagi...laki aku taklah membebel begini dasyat!)

Bebelan bersambung...

Antologi 20 haiku dan profil harus serahkan sebelum Ogos nanti, sempat ke serahkan?

Baiklah sensei, saya serahkan semuanya sebelum saya berangkat nanti. Saya serahkan pada Youko san nanti.

Cuba menyejukkan hati sensei...

kalau sensei nak datang masa saya di sana, datanglah...saya bawa sensei berjalan.

sensei senyum...lega hatiku.

3 comments:

  1. salam kalela, mesti dah menghitung hari kan? selamat kembali ketanah air :)

    ReplyDelete
  2. garangnya sensei tu.. eiii takut... ke ke ke tak makan banyak pun, makan sikit2 tapi kerap2... ok tak? ;)

    ReplyDelete
  3. k.lela,
    garang ek sensei tu..? hihihi.. seronoknye nak balik kg. nan nen buri? moga selamat semua nye..

    ReplyDelete