Monday, June 09, 2008

Ho Fan, Rojak Mamak.

Hari ini, Ahad, seperti biasa, anak dara dua orang itu menghadiri kelas ugama di Darul Arqam. Selepas kelas itu, kami berjalan menuju ke kedai makan Teh Tarik, sebuah kedai makan yang diiktirafkan oleh MUIS (Majlis Ugama Islam Spura) sebagai kedai menyediakan makanan halal.
Ho fun, ho fun...apakah ho fan itu saya berfikir sebab kedua-dua anak ini sibuk mengatakan saya mesti merasa hidangan ini.
Bila ho fan dihantarkan dan saya rasa. Kuih teow goreng berkuah kicap dan dulu-dulu mereka panggil dengan nama mi Hong Kong.
Ada juga saya terlihat keropok lekur panjang. Dapat juga rasa lekur dari Spore.
Sepinggan ho fan sudah cukup untuk menyegahkan perut ini sampai ke malam masih kekenyangan juga.
Ada satu lagi yg baru. Air batu dengan sepihan buah durian belanda bercampur sea-coconut (kelapa laut). Apa benda sea-coconut itu saya tak pasti tapi selepas makanan yg berminyak, rasanya air batu durian belanda diperah dengan limau kasturi, rasakan membersihkan tekak.
Ini no handset di spore 94295176.
Saya jarang buka laptop ini sebab banyak urusan luar yg perlu dilakukan.

Hari ini dapat juga rasa rojak mamak, yang berbagai fish cake, sotong, telur bercecahkan kuah merah secawan. Kuahnya tidaklah berapa sedap sangat. Saya masih ingat masa kecil, setahun adalah sekali dua, bapa bawa balik rojak ini. Saya suka sangat dengan kuahnya sampai esok harinya saya campurkan dengan nasi. Tapi tadi pagi kuah rojak itu rasanya macam boleh masuk longkang.

Yang saya rasa pelik, masa makan itu ada berbagai orang datang meminta duit menjual ayat-ayat suci. Yang pertama datang, saya belilah dalam satu dua keping tapi selepasnya yang lain datang berturut-turut minta duit.

Bukannya apa, bila masukkan ho fan dalam mulut, tengah menunduk dan mulut penuh, mereka datang. Maka apabila saya mengangkat muka waktu-waktu begini, semuanya dalam mulut bertempias ke muka yang cantik bermekap. Nak marah pun tak boleh sebab makanan penuh di mulut. Nak layan bercakap, saya tengah sedap menikmati makanan, jadi terpinga-pinga juga dibuatnya dan terputuslah rasa kesedapan makanan di meja.
Nak marah pun ye, rasa kasihan pun ye, meluat pun ye...berbagai rasa dalam satu pandangan.

Rupanya tandas di spore ini memang sudah bersih. Orang awam pandai tekan butang selepas menggunakannya tapi mana datang bau yang rasanya boleh melekat ke pakaian. Saya perhatikan bersih tapi bau yang pekat masih ada lagi. Lagi pun mereka pakai air dan air itu melimpah-limpah ke lantai, sepatutnya disebabkan air itu membersihkan lantai, hilanglah bau pekat tapi masih sepekat-pekatnya.
Inilah yg saya tak sanggup.
Sejak saya sampai sini, hari ini sudah masuk 5 hari. Cuacanya dingin dan mendung. Sungguh sedap seperti awal summer di Okinawa.

Kalau buat panggilan itu, berilah tau nama dan kenalkanlah diri. Kad prepaid ini saya tak gunakan lagi selepas saya kembali ke Jepun, itulah sebabnya saya rasa tidak perlu untuk merahsiakan no itu.

Geylang Serai, Darul Arqam, Teh Tarik, Spore.

8 comments:

  1. salam kak lela..
    calling2 lah bila ke jb ye....

    ReplyDelete
  2. sesi makan2 yang best tu :) teringin ke S'pore ntah bila nak sampai hmmm... apa2 pun I'm sure kak lela seronok kat sana, layannnnnnnnn!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Lela...rupanya Kak Lela dah berada di Singapura. :) Mengenai tandas yang baunya masih ada walaupun air melimpah-limpah digunakan, itu barangkali kerana sipengguna tandas tidak 'menghalakan' air kecilnya ke arah yang tepat memasuki mangkuk tandas. itu telahan saya kerana tandas-tandas di Malaysia juga adakalanya mengalami nasib yang sama. Mengenai peminta sedekah yang menjual ayat-ayat suci, di sini juga berlambak mereka ini. dahulu memang dilayan atas dasar simpati, tetapi bila sudah tahu muslihat mereka, hari ini sudah berani berkata 'tidak' kepada mereka.

    semoga bergembira bercuti di Singapura...

    ReplyDelete
  4. bila nak mai kedah akak???

    ReplyDelete
  5. Bila nak dtg Msia, beritahulah saya. Saya boleh jemput beberapa rakan ex-Mt.Fuji bertemu di rumah saya.

    Salam.

    ReplyDelete
  6. salam kaklela..semuga segala urusan dipermudahkan Allah..letaklah gambar terbaru Minako dan Ayumi di Spore..

    ReplyDelete
  7. salam ayu,

    insyaAllah, k lela tak mau ganggu ayu masa berkerja, lagi pun k lela takut jalan seorang. Entah macam mana nak jumpa.

    alin,
    sessi makan-makan yang harus di.....(monitor)-kan. Taraf kehidupan di sini sungguh tinggi.

    salam USH,
    kalau sudah di KL, k lela cuba berhubung, itu pun kalau sempat ke Ukay.

    ReplyDelete
  8. salam mba,

    idea bagus itu, saya suka. Nanti saya sms ke sana.

    salam pinabate,

    Hari sabtu ini ada sesuatu yang sungguh menarik, insyaAllah k lela uploadkan gambar.

    ReplyDelete