Rindu pada teman-teman siber sangat kuat sampaikan saya paksa kawan ini bawa ke tempat ini.
Terima kasih pada semua komen-komen dan maaf sekali lagi sebab saya tidak dapat membalasnya.
Saya sampai di KL dengan KTM dari Singapore pada Jun 16, 2007.
Malamnya saya menghadiri majlis perjumpaan dengan dua orang pendaki FUJI (MBA dan Aahar), selainnya yang datang ialah ahli-ahli forum BashoHut. Mereka ialah sdr ep dan isteri,
sdr Darma Mohammad, sdr TabirAlam, sdr sakura, sdr teratai dan sdr erisya.
Hari kedua (Jun 17, 2007) di Putrajaya, saya memziarah ITNM (Institut terjemahan) untuk sesuatu tugas rasmi dan terserempak sdr Wan A. Rafar, seorang penulis dari Pasir Mas. Sempat juga kami bergambar.
Hari ketiga (Jun 18, 2007), saya dibawa ke DBP untuk pertemuan dengan salah seorang pegawai di sana atas urusan peribadi. Sempat juga kami bergambar lagi. Tapi gambar-gambar itu saya tidak dapat upload sekarang.
Esok, mungkin saya akan adakan perbincangan haiku dengan salah seorang ahli di Putrajaya.
Di sebelah malamnya, saya akan bertolak bersama 4 orang teman lagi menuju ke Kelantan.
Hari Jumaat, Sabtu, Ahad (Jun 21-23, 2008), saya menziarah tempat-tempat indah di Kelantan dan Masjid Kristal.
Kami juga dijemput menziarah keluarga sdr Darma Mohammad di Pasir Mas.
InsyaAllah, saya balik semula ke PUtrajaya dan hari isnin (Jun 24, 2008) saya akan bertentang mata dengan Mak Andeh dan Kak Yan buat pertama kali sesudah beberapa tahun mengenali mereka dalam blog.
Slot untuk hari selasa dah penuh dan saya balik ke Spore pada hari Rabu. Tapi cerita di KL belum habis lagi, saya akan kembali ke KL buat kali kedua, insyaAllah.
Some pictures http://mba.fotopages.com/
Presint 9, Putrajaya, Pusat Siber JFAI.
Jun 19, 2008
wow bizinya scheduled kak lela.. ohh nak jumpa MA dan kak yan di putarajaya ek.. nak ikuttttt..!
ReplyDeleteKak Lela,
ReplyDeletepadatnya jadual! Anyhoo, kalau di Putrajaya tu, we all hanya 12km dari sana kalau dtg dari rumah. :-)
Calling calling nnt ek.
p.s. suara Kak Lela muda remaja lah... :D