Tuesday, July 01, 2008

Pertemuan dan rezeki

Sudah hampir sebulan saya di Spore and Msia. Waktu menulis ini, saya di Pasir Ris, di rumah adik dan berulang melawat mak di hospital setiap hari.
Doktor dari awal-awal lagi sudah berkata keadaan mak saya itu sebagai "let nature takes its course". Mungkin mak saya tidak perlu menjalani kimoterapi sebab keadaanya yang lemah itu. Pada saya asalkan mak tidak menderita kesakitan dan pergi dengan senang, itu sudah amat mententeramkan jiwa ini. Pergi itu memang takdir, hanya Yang Maha Kuasa menentukan ajal saja menepatkannya. Jadi selama mak masih boleh melihat, biarlah dia tidak diganggu lagi dengan berbagai jarum dan proses rawatan yang menyakitkan lagi.

Sudah hampir sebulan saya di sini tapi belum lagi dapat rasa roti canai. Entah kenapa? Saya duduk memikirkan, benda itu sudah dekat, bila-bila masa saya ingin makan, saya boleh dapatkan, apakah yang melarang? apa kah yang menahan rezeki ini?
Hanya Maha Kuasa yang memberi segala rezeki saja dapat menentukan itu.

Sama juga dengan pertemuan, banyak lagi teman-teman dan kenalan yang saya ingin sangat bertemu dan berbual, bertanya khabar, mendengar suara mereka, melihat senyuman mereka tapi belum lagi dipertemukan.
Ada juga pertemuan yang tidak disangka, tidak dijadualkan tapi terjadi dengan senang. Seperti bertemu dan berkenalan dengan sdr wan a rafar. Sungguhlah sudah saya faham, apa yang saya sebagai manusia kecil tidak boleh menetapkan yang dirancang, yang dijadualkan. Apabila Dia memberi rezeki dan pertemuan itu, sungguh anehnya, ia terjadi dengan senang sekali.



Inilah sdr wan a rafar, seorang penulis yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, bersahabat baik dengan sdr darma mohammad. Hanya satu panggilan pada sdr wan dan kami diberitahu dia sebenarnya berada hanya beberapa stasen saja dari kami di Hentian Putra. Lalu kami berjumpa pada hari itu Jun 17, 2008 dan berbual tentang berbagai topik, di antaranya haiku. Inilah masanya sdr wan menanya dan mengulas segala topik tentang haiku.
Masa saya menulis ini, sdr wan membuat kerja dakwah di Athena, Greecia.
Yang anehnya, saya dipertemukan dengan beliau hanya beberapa hari sebelum beliau berangkat ke sana.

Pada teman-teman dan kenalan yang belum sempat saya temui, saya berdoa agar kami dapat dipertemukan apabila saya membuat lagi satu pusingan ke KL minggu depan, insyaAllah.

nota kaki: sdr wan a rafar telah memberi izin menyiarkan gambar ini, harap jangan dipindahkan ke tempat lain tanpa kebenaran.

Pasir Ris, Spore.

8 comments:

  1. bilalah kita boleh jumpa ya kak lela..

    ReplyDelete
  2. jika betul akak lela nak buat satu lagi pusingan minggu depan ke k.l, boleh lah datang melawat adik Sufi di Intitut Jantung Negara (IJN) Jalan Tun Razak pada 8 Julai 2008. Teringin Shah ngan Elly nak jumpa kak lela. Kami sekeluarga akan berada di KL dari 8 - 12 Julai ajer..

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi...InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. salam shah,

    Pusingan ke-dua mungkin Julai 9, k lela berkubang di putrajaya. ini no. handset di msia 0128840403.
    InsyaAllah kita jumpa.

    ReplyDelete
  5. slam ummi dan zar,
    insyaAllah k lela usahakan perjumpaan.

    ReplyDelete
  6. Saya sekarang berada di Athina (sebutan org Greek untuk Athens). Saya memasuki Athens melalui jalan darat dari Istanbul. Di sempadan kami diperiksa dengan agak ketat, semua beg dan pakaian digeledah. Athens ramai didiami masyarakat Islam keturunan Bangladesh. Kami mungkin akan berada di Athens selama sebulan menemui masyarakat Islam di sini, yang terdiri juga dari orang Syria, Palestin dan Arab.

    ReplyDelete
  7. hari tu aliff tak dapat datang. kalu datang tentu best banyak yang nak disembangkan dengan sensei

    ReplyDelete
  8. aliff juga di KL sekarang

    ReplyDelete