Tuesday, November 10, 2009

Gunung Fuji @ PSSK

Puncak Gunung Fuji: 3776 meter


Pada Ogos tahun 2007, saya berpeluang mendaki Gunung Fuji bersama sekumpulan pendaki dari Malaysia.

Pengalaman dari awal pendakian sehingga tiba ke puncak gunung itu semuanya saya catatkan ke dalam nota kecil yang tersimpan di dalam saku beg sandang. Saya rakamkan pemandangan pada setiap aras gunung itu. Setiap fauna dan flora yang hidup meliar di pemukaan gunung dicerap ke dalam album memori.

Setiap nafas kelelahan, setiap keluh keletihan, setiap langkah keperitan, setiap jerit kesakitan, saya selitkan ke dalam lapisan kenangan.

Hampir ke puncak gunung


Tapi bukan itu sahaja.

Ada di antara pengalaman itu telah saya jadikan jalan cerita dalam novel Pulut Sakura, Serunding Kasih.

**************

7 comments:

  1. Hajjah:

    Bila lah saya nak dapat panjat Gunung Fuji tu. Nak ke Okinawa pun tak sampai sampai, inikan pula nak panjat gunung. Tambah dalam umur umur begini.

    Saruni

    ReplyDelete
  2. Pak saruni,

    Tak payah menyusahkan diri panjat gunung itu. setakat ini sayalah orang melayu yang tertua sekali yang berjaya sampai ke puncak gunung itu. saya tak mau orang melayu yang lebih tua dari saya memecahkan rekod saya hehehe.

    Tentang pulau okinawa pula, kalau datang bersama rombongan kak kiah, nampak gaya saya tak terlayanlah...

    Nak tahu cerita gunung fuji, bacalah novel PSSK, bila dah di pasaran nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah,
    Tak sabar nak baca PSSK.

    ReplyDelete
  4. Saya belum lagi nak panjat Gunung Fuji. Tengok dari jauh cukuplaj. hihihi

    ReplyDelete
  5. wah hebatlah kak Lela... dah panjat gunung, novel nak keluar tak lama lagi ... tahniah :)

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak baca novel kak lela....cepat2 habiskan kak

    ReplyDelete
  7. kak long,

    insya allah pelancaran novel ini dijadualkan oleh Penerbitnya KarnaDya pada musim bonus nanti (Dis.).
    Baguskan "timing" hehehe.

    ReplyDelete