Wednesday, November 25, 2009
Kelahiran Pulut Sakura Serunding Kasih
Hari ini saya keluar rumah sejak tengah hari hingga ke malam, melakukan berbagai tugas peribadi. Sebaik sahaja menghidupkan talian internet, saya menerima berita yang amat memberi kesyukuran bagi diri ini.
Novel Pulut Sakura Serunding Kasih sudah dipromosikan di dalam laman web penerbitnya KarnaDya.
Saya mula menulis manuskrip novel ini sebulan selepas emak meninggal. Waktu emak meninggal, saya baru balik ke Okinawa sesudah dua bulan bersama mak di Singapura. Selanjutnya dalam kesedihan, saya memerap diri di dalam bilik gelap.
"Puan, menulislah. Gunalah pengalaman puan yang luas itu sebagai isi kandungan untuk manuskrip itu. Cubalah menulis prosa. Kalau puan tidak cuba, puan tidak akan tahu!" inilah semangat dan dorongan dari seorang penulis.
Seterusnya penulis ini menjadi penyelia dalam proses melahirkan novel ini.
Sebulan setelah emak meninggal, saya mula menulis agar dapat mendamaikan hati ini semula. Saya curahkan segala perasaan hiba ke dalam tulisan novel ini. Kedukaan ini terbawa-bawa sampai adakalanya, saya menangis bersama watak-watak yang saya garap sehingga saya tidak dapat menyambung penulisan manuskrip buat beberapa hari.
Arwah emak (yang masih hidup di kalbu) "memberi" benih untuk saya mengarang novel ini. Menggarapnya selama sembilan bulan dan seterusnya, penyemakan manuskrip mengambil selama tiga bulan sehingga ia melahirkan bayi sulung ini. Alhamdulillah.
*********************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kak Lela..selamat maju jaya..
ReplyDeleteSaya pasti akan dapatkan novel ni!
wah..mesti dapatkan ni!
ReplyDeletecongrats untuk 'baby' cikLela^^
Sekalung tahniah buat Hajah atas kelahiran PSSK. Saya tumpang merasa kejayaan puan.
ReplyDeleteTahniah Kak Lela.
ReplyDeleteCantik muka depan buku itu. Saya pun nak dapatkan satu ni! :)
Tahniah. Saya pun tak sabar nak menatap dan membelai bayi sulung yang manis ini.
ReplyDeleteSalam Kak Lela...saya tumpang bangga. moga kak lela mampu mencipta sesuai daripada permulaan yang satu ini. selamat hari raya aidiladha buat kak lela sekeluarga :)
ReplyDeleteKak Lela,
ReplyDeleteSaya mencari di kedai buku sebentar tadi tapi tak jumpa. Bila ada di pasaran sebab tak pula disebut di laman web KarnaDya tu...
salam Lina,
ReplyDeletemungkin KarnaDya masih mengusahakan pengedarannya. Sabar ye, lina.
Selamat Hari raya haji.
Salam Kak Lela,
ReplyDeleteTahniah kerana kelahiran novel sulung akak... saya berminat untuk mendapatkannya sebuah... tapi kat kedai buku mana-mana pun ada di jual ke?
Selamat hari raya Aidil Adha...
Tahniah kak lela
ReplyDeleteBaby yang dikendong di belai akhirnya lahir jua.. satu pencapaian buat kak lela..
Tahniah sekali lagi
Tahniah Kak Lela atas kelahiran pertama ni. tengok kulit je dah menarik.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji.
Tahniah x 1000 kak lela...
ReplyDeleteInshaallah saya akan cari di kedai nanti
Tahniah kak halela,
ReplyDeletecam ne saya nak dapatkan buku ni? melalui online boleh? berapa harganya?
kak halela,
ReplyDeleteberbanyak tahniah..
saya pun tak mau kalah dengan zar.. harus mendapatkan senaskah untuk diri sendiri...
melor
Hello:
ReplyDeleteI got a link to your page from a forum about Okinawa Mosque project and I have some questions about that.
can I have your email address or phone number please.
Mine is: chevalei@gmail.com
Thank you
waiting for your contact
salam aleikum
Salam Kak Lela,
ReplyDeleteTahniah di atas kejayaan kakak. Saya akan cari di kedai buku.
Atenah
Salamz Lela. Tahniah diatas kelahiran nvl baru itu.
ReplyDelete