Monday, November 16, 2009

Sosio-budaya Jepun @ PSSK

Kebanyakan orang Melayu yang datang ke Jepun tergolong dari tiga kumpulan. Sebahagian besar di antara pelawat-pelawat itu terdiri dari pelajar-pelajar yang dihantar dari Jabatan Pelajaran atau institusi Pengajian Tinggi atau pun mereka yang dianjurkan oleh syarikat besar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda atau sarjana atau kedoktoran .
Selain daripada kumpulan pelajar ini, ada pelawat yang datang untuk menyempurnakan urus-niaga. Sebahagian kecil daripadanya adalah pelancong yang datang pada musim cuti untuk bersantai-santai buat beberapa hari.

Dalam perhatian saya, mereka yang diberi kesempatan datang tidak begitu "adventurous".
Contohnya dari kumpulan pelajar yang datang, walaupun mereka tinggal bertahun-tahun di Jepun, ada yang balik hanya membawa segulung ijazah.
Bila ditanya pernah minum teh macha? Tidak pernah!
Pernah mandi beramai-ramai di dewan mandi umum? Tidak pernah!
Pernah tinggal di ryokan atau sejenis rumah tumpangan tradisional di Jepun? Tidak pernah!
Pernah masuk panggung kabuki? Tidak pernah!
Pernah makan sayur gobo atau yamaimo atau natto atau mozuku? Tidak pernah!

Pengalaman di rumah mandi umum dan penginapan di ryokan dikatakan mahal atau membuang masa, tidak bermanfaat untuk diketahui dan tidak menambah markah untuk mendapatkan ijazah. Juga makanan-makanan halal yang dipandang ganjil oleh orang Melayu juga tidak berani dicuba. Ini sungguh merugikan.

Inilah budaya Jepun yang tidak dapat dirasai melainkan hanya di negara mereka. Nilai-nilai hidup tradisional mereka banyak terdapat dalam buku-buku tapi tidak akan sama dengan apa yang dialami sendiri.

Jalan cerita novel Pulut Sakura, Serunding Kasih bertemakan sosio-budaya Jepun. Pergaulan bebas anak-anak muda dan kenakalan mereka yang tidak disebut dan menjadi taboo jika diluahkan kepada orang luar/asing menjadi bahan asas pengkisahan buku ini.

Kesan-kesan sosial yang negatif menimpa masyarakat Jepun setelah zaman berzaman mengamalkan nilai-nilai tradisi kekeluargaan. Salah satu gejala kejatuhan sosial di dalam masyarakat Jepun berpunca daripada kebebasan kaum wanita bertugas di luar rumah dan tema ini melatari jalan cerita novel.

********

16 comments:

  1. Salam Kak Lela,

    Sbg bekas pelajar peringkat Sarjana di Jepun, ini jawapan saya:

    Pernah minum teh macha? Pernah! Saya suka aiskrim macha, ais kepal perisa macha...
    Pernah mandi beramai-ramai di sento? Tidak pernah! Tapi pernah mandi di ofuro yang pelbagai stail dan ala-ala onsen di sebuah hotel kecil di Nikko...
    Pernah tinggal di ryokan? Tidak pernah. Teringin, cuma hajat belum kesampaian...
    Pernah masuk panggung kabuki? Pernah!
    Pernah makan sayur gobo atau yamaimo atau natto atau mozuku? Pernah makan gobo, yamaimo dan mozuku, cuma natto je saya tak cuba. Saya sangat suka makan sayur gobo masak kicap manis dengan cendawan - sedap!

    ReplyDelete
  2. salam kak lela...
    ume macam dah ketinggalan dgn cerita2 kak lela. sbb, jarang2 dpt luang masa nak 'terjah' blog kawan2 termasuk blog k.lela. novel pulut sakura tu, dah siap di pasaran ke? kalo dah keluar nanti, ume chop nak beli satu!!

    ReplyDelete
  3. tak pernah jadi pelajar menimba ilmu di bumi matahari terbit. Tak bekerja dgn syarikat jepun ataupun berurus niaga dgn orang jepun. Tapi...
    Pernah minum teh macha? Pernah. Suka!
    Mandi beramai-ramai di dewan mandi umum? Sento belum lagi. Onsen - pernah dan suka!
    Pernah tinggal di ryokan? Pernah dan mahu pergi lagi
    Pernah masuk panggung kabuki? Belum pernah. Tak faham dan takut tertisur. Hahaha. Lalu depan panggung, pernah lah.
    Pernah makan sayur gobo atau yamaimo atau natto atau mozuku? Pernah, pernah, pernah dan pernah. Dan sangat suka makanan itu.

    Sayangnya pada orang kita yang dapat ke sana tapi tak cuba menyelami budaya orang asing.
    Bila kita bandingkan budaya kita dgn budaya orang, maka akan datang rasa bangga jadi orang Melayu dan cinta pada tanah air sendiri, walaupun di tanah air kita dapat hujan batu.Itu pendapat saya.

    ReplyDelete
  4. Kak lela

    Masa zar sebulan di jepun, zar cuba explore perkara perkara menarik di sana.
    uforu pernah, teh macha tu teh hijau ker? kalau yg itu pernah sebab kami ada sesi belajar adab minum teh jepun.

    Makanannya banyak yang zar cuba.. sesekali gian juga carik roti canai.. natto, pernah cuba tapi tak leh telan..

    yang lian lain tu agak asing bagi zar.. tapi bak kata Lina.. hujan emas dinegeri orang, baiklah di negara sendiri wpun berhujan batu...

    ReplyDelete
  5. salam azra,

    walaupun azra sudah tidak berhubung selalu dgn k lela setelah balik ke Msia, k lela tak pernah lupa kpd azra dan amin sekeluarga. Manakan boleh lupa setelah k lela dihidangkan asam pedas di atas masjid asakusa itu.

    ReplyDelete
  6. salam ume,

    novel itu akan keluarkan pada bulan Dis. nanti, tapi belum pasti lagi tarikhnya. Nanti akan diumumkan sebaik sahaja dimaklumkan oleh KarnaDya, penerbitnya.

    ReplyDelete
  7. Lina,

    Hidup di dunia ini tidak ada hujan batu selagi kita berdamping dengan orang yang kita sayangi. Maksudnya walau di Malaysia, berhujan emas sekali pun, itu bukan pilihan k lela kalau orang yang disayangi tidak bersama.

    Home is where the love is...

    I know you have experienced so many things in Japan, I am one of your faithful followers...hehehe.

    ReplyDelete
  8. zar,

    pada k lela biarlah hujan batu...asalkan hidup bersama orang yg disayangi, di mana-mana negara pun tak kisah...dunia ini luas...Tuhan suruh kita kembangkan umat-Nya...betul tak?

    Bukan nak kata segala yang ada atau yang dialami di Jepun semua bagus...bukan!
    Cuma nak kata biarlah di mana-mana pun, asalkan kita berada dgn suami dan anak-anak tersayang.

    ReplyDelete
  9. abu haniff said... salam persahabatn mak cik, saya terkesima dan teruja jugak baca blog mak cik, saya ni kawan si zar yg empunya blog ibuika.blogspot.com, kami sama ke jepun 2005 dulu dlm program jica, so byk jugak persoalan nya yg saya nk tanya terutama tentang masyarakat islam di okinawa, bagaiamana aktiviti mereka. untuk pengetahuan mak cik saya bertugas di jabatan kemajuan islam malaysia sebagai pegawai hal ehwal islam, so sangat menarik la blog makcik ni. semoga kita sama dapat maanfaat, wassalam, oh ya kalau sudi lawat la blog saya yg dah lama usang http://abuhaniff.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. @Kak Lela,
    betul juga tu. Home is where your heart is. :)
    Hati saya masih di Malaysia, tapi suku dari hati saya tertinggal di Jepun.
    Hehehe

    ReplyDelete
  11. @Kak Lela,
    dan saya peminat setia Kak Lela. :)Dan jamin akan beli buku Kak Lela bila keluar di pasaran nanti. Tak lama lagi tu! :)

    ReplyDelete
  12. Kak Lela, apa khabar? Mmg lama betul tk jelajah blog ni. Rindu sngt dgn Okinawa, terutama lps baca paparan Mgguan Msia mengenai protes Okinawan ke atas base amerika. Dr blog sy dpt lihat K Lela n keluarga sihat, Alhamdulillah. Looking forward to have PSSK. Novel senang skit faham, Haiku ari tu tk berapa nk sesuai ngn jiwa.

    ReplyDelete
  13. terima kasih sham, tudung hijau itu masih pakai hari2.

    ReplyDelete
  14. salam abu haniff,

    salam perkunjungan.

    ReplyDelete
  15. I sent you an Email to your hotmail and yahoo.
    Try and see it when you have time ne. jyane~

    ReplyDelete
  16. salam kak lela,

    memang dah lama mengikuti blog kak lela, rasanya dah dekat 2 ke 3 tahun... sekali sekala ade jugak saya komen blog akak tapi sebagai anom saje...

    ReplyDelete