Tuesday, February 09, 2010
Okuribito
Pertama-tama, kita pecahkan perkataan okuribito. Okuri bermaksud menghantar dan bito dari asal perkataan hito bermaksud orang/manusia. Okurihito dibunyikan sebagai okuribito. Orang yang dihantar pulang.
Inilah tajuk wayang Jepun yang memenangi Oscar filem antarabangsa tahun 2009.
Cerita ini ditulis oleh Kundo Koyama mengisahkan seorang pemain selo dibuang kerja akibat syarikat okestra tempat dia berkerja mengalami kebankrapan.
Untuk menampung dan meneruskan kehidupan keluarganya, dia mohon kerja di syarikat yang disangkanya menguruskan pelancongan.
Dia terpaksa menerima tugasan itu apabila diumpan dengan gaji sebulan sebelum tugasnya bermula oleh pemilik syarikat.
Apabila diketahui tugasnya mengapankan mayat, dia ingin menarik diri tapi lama kelamaan dia berasa tugasnya itu sesuatu yang mulia.
Siapa lagi yang boleh mengapan mayat kalau orang yang hidup tidak sudi melakukannya?
Isteri dan teman-temannya memandang tugas itu hina, rendah dan menjatuhkan darjat keluarga. Tapi dia berdegil dan berbangga menjadi perantaraan menyiapkan si mati ke alam lain.
Tengoklah cerita ini untuk mengetahui kesudahannya.
Penulis skrip ini bernama Kundo Koyama. Memang novel ini menceritakan adat dan budaya masyarakat Jepun tapi ada sesuatu yang menarik dalam jalan cerita Okuribito.
Hero ini ditinggalkan bapanya sejak kecil. Dibela oleh ibunya sehingga dewasa. Selama dia membesar, dia membencikan bapanya yang tidak bertanggung jawab menunaikan tugas seorang ayah. Kenangan yang ditinggalkan bapanya hanya sebutir batu yang mereka bertukar-tukar semasa berkelah. Batu itu masih di dalam simpanannya.
Tapi satu hari hero ini mendengar yang bapanya mati dan dia berkejar mendapatkan mayat bapanya.
Dia mengeluarkan sesuatu dalam genggaman tangan bapanya waktu persiapan mengapan. Adegan ini sangat mengharukan.
Baru disedarinya, betapa mereka sama merindui.
Alangkah indahnya jika saya dapat menghasilkan sebuah karya yang mengharukan seperti jalan cerita ini...
********
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedih sedih
ReplyDeletesaya pun ikut sedih..
ReplyDelete