Monday, June 07, 2010

Sabun Yen3,500

Sabun

Masa menulis ini, mengikut pertukaran mata yen/ringgit, harga sabun ini RM129.00

Semalam masa di dewan mandi, seorang mak cik menghulurkan sabun ini. Saya selalu picit bahu mak cik. Sesi picit memicit bermula bila saya rasa kesian mendengar dia kata bahu sakit-sakit buat kerja (mak cik kerja di kedai daging). Jadi saya picitlah, saja nak tolong legakan masalah. Tapi, seterusnya setiap minggu dia demand. Bila nampak saya saja, dia minta picitkan bahu. Kadang-kadang menunggu saya datang lagi. Lama-kelamaan, bukan dia saja. Ceritera dah berpusing. Sekarang ada dua tiga orang mak cik menunggu saya datang.
Jadi agaknya terasa demand sangat, semalam salah seorang beri saya sabun ini.

Saya
ambil saja, terima kasihlah...tapi dalam hati berkata, "janganlah pula sabun ini mengandungi tepu minyak dari mergastua yang menyondol muncung itu".
Jaga
-jaga di sini ramai yang guna sabun menyondol muncung. Saya guna Lux, punyalah murah (3 hanya 100 yen saja-Made in Maresia) tapi yang penting halal.
Dah terima sabun itu, seorang lagi kawan mak cik kata, kau guna sabun itu untuk muka saja.
Apa
pula? Kalau guna badan tak boleh?
Eh!!! Jangan guna untuk badan, Mahal!!!!
Mahal?
Ye, Mahal...sekeping Yen 3,500!!!

Terfikir sendiri.
Alamak
...tak suka.
Kenapa beri saya yang mahal begitu.
Saya tak suka termakan budi.
Biarlah saya picit sukarela...tak beri hadiah pun tak apa. Tak mahu termakan budi.
Saya buat kerja harapkan pahala (kalau dapatlah) di akhirah nanti.
Engkau mana tahu itu semua. Yang engkau beri itu semua engkau tuntut di dunia.
Engkau ingin saya picitkan selalu lepas engkau berikan sabun mahal itu, betul tak?
Jadi selepas ini kalau saya tak mahu picit lagi, macam mana?
Sabun itu.....???

Ini saya kata dalam hati saja.

Apalah...Jepun! Jepun!

************

8 comments:

  1. kak lela

    org berbudi kita berbahasa tapi memang susah kalau dah termakan budi.. rasa terhutang sampai ke akhir hayat plak.. apapun lepas berseri seri lagi kak lela dengan sabun 3,500 yen

    ReplyDelete
  2. sabun awet muda tu agaknya kak..hehe..

    ReplyDelete
  3. When u take a close up photo,
    use "macro" focus in your digital camera.
    it will turn up better.

    I hardly understand the sentances u wrote..ha ha..

    ReplyDelete
  4. hehehe ya sabun awet muda

    ReplyDelete
  5. salam ayumi,

    Every week, I meet some ladies at the ofurou. Then we became friends. Then one or two of them said their shoulder ache, so I massage them. If I feel, then I do it. But last week, one rich obaa gave me a soap, so expensive y3500. Her friend told me the price. Then told me not to wash body, just face with the soap, cos so expensive.
    Dont like it. This time i feel like i have to do it.
    Also, i check, it is herbal. Yomogi, yoyoba, gakuto hana, rose hip and pineapple. Like i can drink the soap hahaha.

    ReplyDelete
  6. pinat, sabun itu dari adunan daun dan bunga-bunga herb. Macam boleh minum kalau kaji bahan dengan minyak kelapa sawit/olive.

    ReplyDelete
  7. zar,

    k lela tak suka termakan budi. Biarlah tak ada, tak apa. Kalau nak, beli sendiri. jangan harapkan orang lain, itu prisip diri k lela. Juga kalau beli buku tak pernah minta kurang. Kalau tak ada duit, tunggu sampai ada atau jgn beli. namum minta2 tidak.
    Orang tak suka kita minta2, lagi pun minta2 itu menjatuhkan darjat kita. No standard. Itulah kak leyla.

    ReplyDelete
  8. kimora,

    sabun itu tebal. mungkin boleh guna hingga 3/4 tahun. Wah, 3/4 tahun nampak muda wohoho...

    ReplyDelete