Thursday, January 13, 2011

RESTU-Goodreads Review

Restu by Ismail Kassan

My rating: 4 of 5 stars
Novel "Restu" karya Ismail Kassan. Novel ini telah terpilih sbg pemenang Ke-2 bagi Hadiah Novel Melayu Baru Peransang-GAPENA 1993. Novel ini juga terpilih sbg teks KOMSAS.

Pada hlm 55-"Siew Yap bukan seperti orang tengah Cina lain yg berimejkan penghisap darah dan mementingkan hanya keuntungan."
Org Cina tak pulak gaduh nak bakar novel ini?

Membaca buku ini membuat saya benci kepada sekumpulan orang Melayu yg menghalang proses kemajuan hanya kerana mementingkan periuk nasi sendiri.
Contohnya jalan tanah merah sepanjang zaman tidak berubah sebab ada beberapa orang yg mempunyai lori, memonopoli dgn mengambil upah pengangkutan. Mereka membantah dan menghalang jalan itu dicantikkan, takut lori besar masuk dan mengambil kerja-kerja mereka. Akhirnya selama-lamanya kampung Melayu berdebu dgn tanah merah.
Ceritanya mempamerkan kemiskinan penduduk Melayu di tanah sendiri berbanding dgn pendatang Cina.
Pelik betul jika difikirkan, kenapalah orang Melayu miskin selama-lamanya padahal duduk bebas di tanah Melayu, bukannya menumpang atau merempat di negeri asing.
Penulis menyatakan orang Melayu yg miskin makan ubi kayu dan minum teh kosong. Tapi pada saya itu bukan miskin. Lagi pun di kampung-kampung, terdapat berbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang bermusim. Mengambil kira fakta ini, tidak mungkin orang kampung mati kebuluran.
Watak utama dlm novel ini seorang lelaki dan penulisnya bijak menghuraikan perasaan watak utama ini dengan tidak terlalu berlebih-lebihan atau "over-burdening" pembaca.
Rasanya tidak perlu penulis menceritakan watak Yasid yang hilang tiada berita sebab penceritaan novel ini adalah dari naratif watak utama. Elok membiarkan pembaca tertanya-tanya daripada menjelaskan segalanya.
Watak yang bernama Razoli mencabar watak utama dalam pentempuran di gelanggang. Pembaca tertanya-tanya (jika tidak membaca sampai habis) mengapa Razoli mencabar watak utama tanpa sebab. Sebenarnya pembaca akan mendapat jawapannya pada penghujung novel ini. Saya kata begini sebab ada beberapa komen yang merasa adegan cabaran di gelanggang majlis perkahwinan sebagai pelik dan tidak nampak kaitannya dalam keseluruhan plot dalam novel ini.

4 bintang, I LIKE :-]

****

1 comment:

  1. Kalau orang politik campur tangan, semua perkara jadi berserabut.Tak kira dari parti mana.....

    ReplyDelete