Royal Minton Haddon Hall-1793
Pagi ini entah kenapa diri ini terasa sangat tidak adil. Kenapalah diri ini membiarkan perkara yang membazirkan selama bertahun-tahun ini.
Pagi ini seperti biasa diri ini menyukat 3 sudu serbuk kopi dari perasa Kilimanjaro dan curahkan ke dalam kertas tapis. Lalu disiram dengan air panas. Berbau aroma kopi menusuk dapur meresap setiap atmosfera.
Tetapi hari ini berbeza dari hari-hari sebelumnya, kopi itu dituang ke dalam Royal Minton dan ditatang ke hadapan tuan itu.
Tuan itu bertanya hari ini khas hari apa sebab ditatang dengan Royal Minton.
Saya kata, tuanlah orang paling layak untuk mencicip dari cawan itu.
Selama ini cawan itu dikhaskan untuk tetamu. Ada yang datang hanya sekali dalam hayat mereka ke rumah ini, ada yang tidak berkesempatan pun menyinggah dan selainnya Royal Minton itu hanya dipuji mata dari jauh sahaja.
Minumlah tuan...
*****
Wednesday, March 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehe...comel cawan tu. itu le, sepatutnye, yg comel2, yg mahal ni..khas buat Tuan itu.
ReplyDeleteume chan,
ReplyDeletesungguh tepat kata-kata adik cayang.