Friday, March 18, 2011

Tafakur

Saya demam...demam membaca komen-komen di Facebook yang mengeluarkan gambar orang-orang cacat akhibat radiasi di Chernobyl satu masa dulu. Orang-orang yang mengeluarkan gambar-gambar itu rasa ghairah menunjukkan kepandaian masing-masing. Kepandaian mencari ilmu dalam internet, kemahiran menarik maklumat dari sana sini tapi tak berhati perut memahami kesusahan orang-orang yang menghadapi bencana yang betul-betul terjadi dalam kehidupan mereka. Duduklah diam2. Janganlah membingitkan lagi keadaan kalau kamu tidak dapat menolong.

Saya demam...demam dengan orang-orang yang merasa diri baik sangat. Elok saja membuat andaian kepada mereka yang ditimpa bencana. Orang-orang yang malang itu buat jahat, mereka buat maksiat, mereka tak ada agama, mereka sembah bahala, sembah nenek moyang, mereka memusnahkan alam.
Apakah sebagai orang Islam mereka menganggap diri bagai malaikat? Mereka angkuh ada agama. Kononnya mereka yang terbaik sebab malapetaka tidak menimpa mereka. Kononnya dengan adanya agama, jalan mereka tentu-tentunya terus ke Syurga. Betul sudah tentukah?

Kenapa orang Melayu begini? Kenapa?
Orang Islam di negara lain tidak pula begini, malah mereka sama-sama Islam juga.
Orang-orang yang beragama lain juga tidak begini, malah mereka datang dengan apa cara juga untuk menghulurkan bantuan.

Adakah orang Melayu memang dari darah orang tidak berhati perut, orang tidak berperikemanusiaan, orang tidak berperihatin sehingga orang atasan dan media mereka dikritik oleh rakyat seluruh dunia. Kenapa orang Melayu begini? Kenapa?

Orang Melayu, bila kamu akan bijak?

*****

8 comments:

  1. bukan kesemuanya kan?

    semoga Jepun kembali pulih dan selamat seperti sebelumnya..

    ReplyDelete
  2. Salam kak lela,

    Sedihnya saya membaca luahan ini, menyedarkan saya. Saya merasakan kegeraman kak lela. Malu jadi Melayu yang tak mengerti penderitaan orang lain.Bersabarlah, bersabarlah. Jgn berkata begini.Percayalah, masih ramai melayu bersimpati, punya akal budi.Salam takziah.


    anis-je.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Sebenarnya saya juga merasa sedih bila mereka terus-menerus memperkatakan bencana ini adalah balasan tuhan.

    Sepatutnya, kita rasa bersyukur kerana tidak diuji sebegini. Krisis sosial di Malaysia semakin parah. Tunggu masa sahaja dapat musibah/bala Allah Taala...

    気をしないでね。 Mereka mungkin tergolong dalam orang-orang yang tidak mengetahui...

    Berkongsi kesedihan musibah rakyat Jepun

    ReplyDelete
  4. Salam aunty halela. Lama tak menulis, baru hari ni tergerak menulis. Betul, cakap aunty tu. Kalau tak dapat tolong, tolonglah jangan buat mangsa sedih. Tunjuk pandai tapi sebenarnya tidak.

    Saya kagum tengok orang jepun bersatu padu masa susah. Bila ditimpa masalah, mereka bangkit lebih kuat! Harap rakyat malaysia dapat tanam semangat begitu dalam hati..

    ReplyDelete
  5. salam kak leyla

    bukan semua melayu tak berhati perut, yang komen macam-macam tu dia lupa yang bencana boleh berlaku kepada sesiapa saja, mungkin satu hari nanti terjadi pada mereka. kalau mereka ingat semua tu, pasti mereka takut dan tak berani nak komen macam-macam.Hanya Allah yang mengetahui siapa yang Dia nak uji.

    Moga rakyat Jepun kembali bangun dan tabah. Saya tahu rakyat Jepun sangat organised dan kuat.

    ReplyDelete
  6. Salam puan yang prihatin.

    Saya setuju betul dengan komen puan. Saya selalu berpesan kepada keluarga dan kawan2, jangan kata sedih, geram atau apa2 bila lihat orang kena musibah. Istighfar. Selawat. Tasbih. Jangan komen musibah menimpa manusia. Hanya Allah yang Maha Tahu, semua kejadian berlaku dengan izinNya. Jangan pandai2 beri komen. Bacalah doa musibah, supaya hati tenang ... Saya geram betul lihat dalam TV Malaysia, tunjuk setiap saat anak2 terbuang yang sudah reput, yang begitu menyedihkan. Sungguh biadap menteri TV ini. Apa faedahnya ajar rakyat kita jadi biadap, tak berhati perut seperti kata puan. Nasib manusia ditentukan oleh Allah, bukan oleh kita. Malaysia kini menghadapi masalah sosial yang amat teruk. Sebab? Terlalu banyak perbuatan fasad: rasuah dibudayakan, orang tak jijik kepada kejahatan, orang bangga menipu kerana para pemimpin pun begitu. Tak ada rasa selamat, ketakutan saja. Tidakkah itu satu kutukan yang besar? Maafkan saya jika agak emosional ...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Akak... masih ingat saya, masa dengar gempa dan tsunami di Jepun hati saya terus ingat kepada akak dan keluarga, saya doakan akak dan seluruh rakyat Jepun bersabar menghadapai ujian ini...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Lela,

    Itu hanyalah komen dari orang melayu isteri kepada pembesar yang perasan dirinya pandai sedangkan dirinya bodoh..kami dimalaysia menganggapnya perempuan yang menyampah dan meluat dengan aksi-aksi bodohnya...Semoga rakyat jepun terus bangun dan bangkit semula..

    ReplyDelete