Monday, April 01, 2013

Mana buku?


Pada tarikh 16 Mac 2013, buku ini, dalam genre puisi, 'UFUK FIKIR', disentuh oleh penulisnya En. Darma Mohammad dalam undangan Bicara Karya yang dianjuranka oleh DBP Wilayah Timur.


Laporan ini terbit dalam akbar Mingguan Malaysia yang bertarikh Ahad, 31.3.13 disertai dengan catatan Puan Rozais Al-Anamy yang membuat laporan proses kreatif penulisnya terhadap antologi puisi dalam 'UFUK FIKIR'.
Beliau memetik ungkapan Darma Mohammad yang berbunyi :
"Unsur alam mudah dipetik kerana boleh didapati secara percuma. Unsur-unsur ini mungkin tidak pernah disapa oleh orang lain, ia hadir dan hilang dan hadir lagi tanpa dipedulikan oleh mereka yang lalai."
"Bertolak daripada alam akal dilayarkan. Daripada setimbun unsur yang berpencar-pencar itu, dipetik dan diselak selimutnya dan diungkai urat nadinya. Lalu nampaklah betapa unsur-unsur alam itu cukup menghidupkan akal yang mati."
"Darma pula mendedahkan kebanyakan puisi dalam antologi 'Ufuk Fikir' adalah hasil penaakulan alam semesta..."

Pembicaraan buku ini diadakan di Kelantan, ia itu di cawangan DBP Wilayah Timur, penulis yang melaporkan dari Kelantan, penulis buku dari Kelantan cuma bila saya tanyakan buku ini, penulisnya tidak mampu mendapatkan buku ini di mana-mana toko buku di Kelantan!

*****


1 comment:

  1. Salam sejahtera Puan Leyla Shuri,

    Terima kasih atas perhatian Puan.
    Hemat saya, alam tidak dapat dipisahkan daripada manusia (yang juga sebahagian daripada alam)dan Allah memerintahkan manusia
    memerhatikan alam serta berfikir tentangnya.

    Saya telah membaca seribu lebih haiku Basho, betapa beliau mengutip alam dalam karyanya.
    Fikiran saya berdialog tentang hal ini.

    Wassalam.



    ReplyDelete