Ini sebenarnya sepotong kek. Hiasan kek ini buah berangan, bunga selasih atau basil flower dan daun momoji. Tak tahulah saya ada atau tidak panggilan momoji dalam bahasa Melayu.
Daun momiji itu sangat pahit dan bunga selasih itu rasa semacam peria.
Orang Jepun letak daun dan bunga bukan sahaja untuk hiasan, sememangnya untuk dimakan bersama. Kek ini tidak seberapa manis. Paling dekat tawarnya ada rasa macam ubi kayu rebus dan bila dimakan dengan bunga dan daun pahit, saya terfikir apalah hajat orang Jepun makan bahan-bahan pahit yang seharusnya manis.
Tapi janganlah terperanjat bila saya kata makanan begini *seperti ubat* ini sekarang masuk "trend" orang-orang Jepun.
Saya rasa memang orang Melayu yang sudah biasa dengan makanan manis mesti tidak berani makan kek ini.
*****