7105 | PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI | 003115-2011 | Hajijah binti Jais (Datin) | Nurafidah Hanum binti Ramli | 10/05/2011 | Bahan Bercetak (Bukan Buku Teks) | Manuskrip Cetakan Pertama | 26. Pracetak (PPKP) | PENYUNTINGAN |
Hari ini hari ulang tahun lahir saya (umur Merdeka). Ada tetamu, seorang bekas pelajar yang sudah 10 tahun tamat pengajiannya di pulau ini, datang melawat dan tinggal di rumah saya (Norazlinawati).
Pagi ini selepas balik membawanya menziarah tapak-tapak lama dalam kenangan seperti kawasan universiti dan tempat-tempat pernah jadi tempat mainannya, saya balik rumah dan menerima mel eletrik.
Mel ini dari penyunting Tuan DBP yang memohon saya memilih kaver untuk novel ini, Pagi Semerah Daun Momiji. Di antara saya dan tetamu, ada berlainan pendapat dan saya menyerah keputusan pemilihan ini kepada tetamu. Tetamu memilih yang kiri, namun cadangan untuk memilih gambar kanan lebih kuat oleh Tuan DBP.
Saya akur bahawa pemilihan ini lebih tepat sebab bangunan yang terbakar itu lebih jelas.
Ini hadiah yang paling istimewa dalam hidup saya.
*****
No comments:
Post a Comment