Sunday, November 24, 2013
Maklum balas daripada pembaca novel "Pagi Semerah Daun Momiji"
Saya rasa segala maklum balas atau kritikan daripada para pembaca perihal novel ini sangat bernilai bagi diri saya untuk mempertingkatkan lagi taraf penulisan. Saya kutip yang ditulis dalam Facebook atau laman-laman peribadi bersama nama-nama penulisnya (saya tidak buat pemberitahu kepada penulis komentar itu).
Saya mulakan dengan catatkan komentar pertama hingga yang terkini dalam sudut ini.
4. Darma Mohammad (23 Nov. 2013) Facebook: "Perincian latar dan suasana memberi kesan yang baik dalam penulisan novel ini. Wassalam."
*****
3. Datuk Yussof Ahmad (23 Nov. 2013) Facebook: " Leyla Shuri menceritakan kesan ledakan bom atom di Hiroshima seolah olah dia betul berada disitu semada (semasa) ledakan itu berlaku. Chapter 5 Pagi Semerah Daun Momiji."
*****
2. Datuk Yussof Ahmad (22 Nov. 2013) Facebook: "Membaca nobel Pagi Semerah Daun Momiji karya Leyla Shuri membawa kita kemasyarakat Jepun di zaman Perang Dunia Kedua. Sedap ceritanya. Hanya banyak sangat perkataan Melayu yang saya tidak pernah dengar. Memanglah itu kelemahan saya sendiri. Pernahkah tuan dengar/baca perkataan seperti (di muka surat pertama sahaja)
menebarkan, pelipis, beting, metah, merembes dan menancap?
Apa pun saya masih memahami jalan cerita yang menarik nobel ini.
Saya perhatikan penulis suka benar menggunakan perkataan "usai" berulang ulang kali!"
Komen saya: Perkataan "usai" yang pertama saya guna dalam novel ini terdapat di halaman 20, bukan pada bab pertama. Perkataan "usai" digunakan berganti-ganti dengan perkataan "lepas" dalam novel ini untuk kelainan dalam pembentukan dan susunan ayat.
*****
1. Yohanna Abdullah (29 Okt. 2013) Facebook: "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya suka novel ini. Ketika saya baca bahagian pengeboman itu, saya rasa diri saya sendiri yang menyaksikan kejadian itu. Saya dapat bayangkan keadaan ketika itu. Terima kasih dan syabas kepada Puan Leyla Shuri
ReplyDelete