See photo at autumn food
Orang Jepun percaya bila makan makanan yang mengikut musim semasa, badan menjadi "geo-magnatic" pada bumi dan cuaca.
Pada musim panas ada makanan khas untuk mengurangkan suhu badan. Ini masuk musim luruh, ada berbagai jenis sayur dan buah yang khas dimakan untuk musim ini.
Supermarket dengan hebatnya membuat promosi seperti dalam foto tu.
Apel yang bermusim sekarang contohnya Apel Orin, apel Jona Gold dan apel Chiaki. Manis dan rangup.
Buah kaki dari Izu, Matsumoto, Fudegetsu juga manis dan mersik.
Berbagai cendawan atau kinoko (cendawan) seperti Ashitsuki nameko, erinki, buna shimeji, enokidake, namashitake dan maitake (sila lihat foto) semuanya sedang bermusim.
Cendawan ini tidak susah untuk menyediakannya, hanya masukkan dalam air dan mendidihkan, masukkan daging ayam atau udang atau sotong lalu kecilkan apinya. Ini orang melayu panggil sop cendawan atau shitake nabe nama Jepunnya. Pada hari tahun baru (1 Jan), sop inilah yang mereka makan berulang sepanjang hari.
Friday, October 31, 2003
Thursday, October 30, 2003
Undi pilihan raya
See election photo here
Diet ini bukan diet yg menjaga berat badan tapi orang Jepun panggil Parliment Negara mereka "Diet".
Mesti ada sejarahnya, yg saya belum baca lagi.
Dua minggu lepas, PM Koizumi membubarkan Diet sebab undi pilihan ahli Lower House. Hari undi pada Nov.9.
Selama dua minggu ini wakil rakyat akan membentangkan manifest masing-masing. Kalau lihat gambar kat atas, mereka gunakan bas mini dan lori tanpa tutup untuk manifest itu. Mereka pilih tempat yang ramai orang seperti pasar atau tempat membeli-belah, dipasangkan alat pengkuat suara dan buka ceramah manisfest mereka. Di kawasan perumahan, mereka mengunakan alat kuat suara itu untuk membentangkan profil sambil berlalu dengan kenderaan sendiri.
Kalau di kawasan itu terdapat 3 atau 4 orang wakit rakyat bertanding, bermakna kenderaan yang berlalu yang berselang-seli mengalu-alukan nama wakil rakyat itu di sepanjang jalan.
Duduk di dalam kenderaan kempen itu ada 2 atau 3 orang pegawai, selalunya perempuan muda yang cun melambai-lambaikan tangan pada orang awam yang lalu.
"Uehara, Uehara (nama wakil) yoroshiku onegai shimasu".
Sungguh pelik! Adakah memilih wakil rakyat untuk Diet hanya dengan memekik nama di jalan umum sahaja?
Hari hampir untuk membuat undi nanti, lagilah banyak pusingan kenderaan kempen itu berlalu.
Banyak rakyat jelata mengadu keadaan yang bising itu dan disebabkan kebencian mereka pada cara pilihan raya ini, banyak di antara rakyat mereka tidak buat undi sama sekali.

Monday, October 27, 2003
Ramadan 2003
Waktu solat tarawikh pertama semalam, ada pangilan memaklumkan waktu dan tempat berkumpul untuk solat tarawikh. Bertempat di bilik rekreasi di rumah antarabangsa di Universiti Ryukyu, waktunya selepas solat isyak 7.09 dan solat terawikh bermula pada jam 8 malam.
Hari ini ramadan pertama maghrib jatuh pada jam 5.53 ptg. Apa juadah buka hari ini?
Buah kurma 2 biji, kuih pau kacang merah sebiji, bubur barli manis dan labu kuning ditaburkan kacang gajus sacawan, air soya.
Itu belum masuk nasi lagi!
Rehat sebentar dan selepas solat maghrib baru makan nasi. Nasi lauk rendang daging dan salad daun lettuce kuah cecah minyak bijan dan ikan tuna goreng.
Pada tahun 1993-1996, masa saya tinggal di Johor Bahru, kerap juga kawan ajak berbuka puasa di hotel. Ada juga sekali dua pergi, makanan berbagai jenis, rasanya semua nak telan, bulan puasa rasanya perut ini tidak boleh masukkan banyak sangat sekali duduk. Rasanya ketat sangat. Selepas kekenyangan, tak terbangun untuk solat maghrib. Solat pun tertinggal dan qadakkan di rumah. Sampai rumah dah lewat untuk terawikh ke masjid, lagi satu tertinggal.
Bukan itu sahaja, bila dijadikan kebiasaan berbuka di hotal, berat badan naik cepat. Puasa seharusnya menguruskan badan tapi menjadi terbalik.
Selepas pengalaman itu, saya selalu saya tulak berbuka di hotel. Masak apa yang terdaya dan makan sekeluarga sahaja. Ini sudah menjadi rutin harian pada kami di bulan Ramadan sampailah sekarang.
Saya tak pernah beli lauk atau kuih dari kedai untuk juadah berbuka, alar kadar saja apa yang ada dan apa yang saya boleh masak walaupun masa itu masih tinggal di Malaysia.
Apatah lagi bila berada di negara bukan Islam sekarang, lagilah suasana berpuasanya tidak terasa. Rutin puasa itu tidak perlu saya ubah sebab sudah selalu dipraktikkan di Malaysia.
Selamat berpuasa, semoga ibadah kita diberi barakah-Nya kita di bulan mulia ini.

Thursday, October 23, 2003
Digital Kamera Satu.
Banyak sedara dan kawan pesan belikan videokam atau digikam sebab buatan Jepun memang tahap "up-to-date". Model yang terbaru dan murah kalau dibandingkan dengan pasaran tempatan.
Di Jepun sekarang digikam memang sangat "trendy".
Kamera yang menggunakan "roll-film" sememangnya sudah lama "out-dated"!
Memang sudah lama niat untuk mendapatkan digikam. Yang susahnya menentukan harga. Setiap kali pergi ke kedai kamera harga pada model yang sama ditawarkan lebih murah dari yang sebelumnya, itu yang menyebabkan tertangguh-tangguh untuk membelinya. Rasanya kalau dibeli pada masa yang mahal menjadi tidak berbaloi nanti. Kalau ditunggu sampai harga habis jatuh, kamera itu mungkin habis semua dijual.
Model yg terbaru semua canggih belaka, menambahkan rasa kebingungan apabila memilih.
Akhirnya terjumpa juga dengan yang diidamkan Canon model IXY DIGITAL 30 di-kedai kamera Kitamura.
Harganya paling murah (yen 29800) kalau dibandingkan dengan kedai yang lain. Kali ini dengan tidak berfikir panjang lagi saya terus beli. Jurujual kata manualnya hanya dalam tulisan Jepun dan kalau ingin yang dalam bahasa Inggeris harus tunggu lagi dalam 10 hari lagi. Memanglah kalau difikirkan kamera itu hanya digunakan dengan "point & shot" sahaja tapi ini model canggih, rasanya harus juga tahu segala fungsi yang dilengkapkan. Untuk poskad atau kad sambutan berbagai, semuanya boleh dibuat sendiri. Ianya menggunakan kable USB port dan memori.
Kenalah sabar menanti manual dalam tulisan bahasa Inggeris itu sebelum dapat mengodeh-godehkan kamera ini. Orang yang tidak pandai sabar seperti saya, setibanya di rumah saya mencari laman url Canon dan mendapat tahu yang model ini hanya dijual di Jepun sahaja.
Saya rasa pelik kalau model ini hanya untuk pasaran Jepun sahaja. Bila melihat gambar kamera ini di website Canon, barulah saya faham yang model nombor di Jepun lain dari yang jual di pasaran luar walaupun modelnya sama. Model yang saya beli yang tertulis di atas itu kalau di pasaran luar negara menjadi ini PowerShot SD100.
Puas juga mencari manualnya dalam BI tapi kecewa sahaja sebab model ini masih baru (hanya 5 bulan) dalam pasaran Jepun dan belum lagi di ekport ke luar negara, jadi manualnya hanya dalam bahasa Jepun sahaja yang ada.
Terpaksalah tunggu juga hingga Canon Japan hantarkan manual itu dalam bahasa Inggeris.

Saturday, October 11, 2003
Bakat
Saya berkawan tidak pandang pada pangkat, kekayaan, kecantikkan dan keturunan.
Itu semua saya tidak hairankan! Pangkat koporat tinggi mana sekali pun, kekayaan setinggi Bill Gates atau kecantikan nak rak Britney Spheres atau keturunan seperti Sultan Brunei sekali pun, saya tidak heran.
Tapi yang sangat saya tabik ialah kepandaian dan kesopanan. Memang susah mendapat kawan seperti ini. Saya rasa bernasib baik sebab banyak kawan-kawan orang seperti ini. Mereka tak menampakkan keilmuan, pakaian tidak seberapa, hidup pun sederhana tapi saya tau mereka orang yang berilmu tinggi.
Saya baru saja habis baca profil sorang penulis wanita. Berkerja penuh-masa, 3 orang anak bersekolah, tidak ada pembantu rumah dan sudah mengeluarkan 5 buah novel. Itu yang saya kata kepandaian yang saya irikan. Sudahlah dia berkerja 8 jam, balik rumah pula membuat kerja rumah, masak, basoh baju, berkemas, mencuci pinggan...itu pun setelah pekat mlm baru dia boleh duduk menulis novelnya!
Pernahkah dia berehat?
Bilakah dia dapat tidur?
Memang saya puji dia. Saya rasa tidak larat dan tidak bertenaga seperti dia. Barangkali tempat dia berkerja memberi dorongan atau inspirasi untok dia menulis atau pun memang dia berbakat.
Saya sungguh puji orang berbakat seperti ini sebab kebanyakkan orang yang ada di dunia ini sederhana sahaja seperti saya.

Wednesday, October 08, 2003
Jodoh
Saya banyak kenalan dengan orang Islam dari Amerika. Lebeh dari 30% pulau ini terdiri dari tentera America. Saya pernah terdengar kalau orang asing ingin memohon kewarganagaraan Amerika, mereka boleh mendaftar sebagai askar dan selang beberapa tahun saja akan lulus permohonan mendapatkan warga negara Amerika.
Askar yang datang kebanyakkan dari Pakistan, Turkey, Morocco, Syria, juga Indonesia. Tapi yang lebeh ramai dari Afrikan-Amerikan, yang memang dilahirkan di Amerika. Mereka yang Islam boleh dikatakan datang ke pulau ini dengan niat yang lain. Niat untuk mendapatkan isteri muslim. Setiap orang bujang yang datang, akan menanyakan hal ini dan kalau boleh ketemukan mereka pada calon itu.
Yang saya rasa sangat susah ialah muslimah-muslimah ini bukan dekat untuk saya senang berhubung.
Ada satu kes, si gadis memberi syarat kalau si bujang itu dapat pindah ke Spore apabila sudah berkahwin kemudian. Perkara seperti itu tidak boleh dipastikan sebab undang-undang tentera tidak senang boleh berhenti atau bertukar jawatan. Kes ini batal.
Ada satu kes lagi, si bujang beri syarat apabila sudah bernikah inginkan si gadis belajar memandu, si-gadis menolak sebab takut memandu. Kes ini juga batal.
Ada satu kes lagi, terkena gadis pelajar dari Johor. Si bujang itu sudah bersungguh niat untuk bernikah dengannya sampaikan ingin pergi ke Johor untok berjumpa dengan bapa si gadis itu. Tapi sigadis itu menolak, lalu si bujang itu merajuk. Kerana merajuk ini dia terus tidak datang solah jumaat sehingga 3 bulan. Orang Islam semua tertanya-tanyakannya, ada yang sangkakan yang saya berpunca dia merajuk.
Waktu itu saya rasa rosak nama baik saya dalam comuniti Islam sini.
Perkara seperti itu membuat saya serik untuk menjadi orang tengah dalam mencarikan mereka jodoh.
Tapi masih ada lagi yang meminta tolong dan selepas insiden ini, saya suroh mereka usahakan sendiri.
Malas menyibukkan diri lagi.

Tuesday, October 07, 2003
Subscribe to:
Posts (Atom)