See election photo here
Diet ini bukan diet yg menjaga berat badan tapi orang Jepun panggil Parliment Negara mereka "Diet".
Mesti ada sejarahnya, yg saya belum baca lagi.
Dua minggu lepas, PM Koizumi membubarkan Diet sebab undi pilihan ahli Lower House. Hari undi pada Nov.9.
Selama dua minggu ini wakil rakyat akan membentangkan manifest masing-masing. Kalau lihat gambar kat atas, mereka gunakan bas mini dan lori tanpa tutup untuk manifest itu. Mereka pilih tempat yang ramai orang seperti pasar atau tempat membeli-belah, dipasangkan alat pengkuat suara dan buka ceramah manisfest mereka. Di kawasan perumahan, mereka mengunakan alat kuat suara itu untuk membentangkan profil sambil berlalu dengan kenderaan sendiri.
Kalau di kawasan itu terdapat 3 atau 4 orang wakit rakyat bertanding, bermakna kenderaan yang berlalu yang berselang-seli mengalu-alukan nama wakil rakyat itu di sepanjang jalan.
Duduk di dalam kenderaan kempen itu ada 2 atau 3 orang pegawai, selalunya perempuan muda yang cun melambai-lambaikan tangan pada orang awam yang lalu.
"Uehara, Uehara (nama wakil) yoroshiku onegai shimasu".
Sungguh pelik! Adakah memilih wakil rakyat untuk Diet hanya dengan memekik nama di jalan umum sahaja?
Hari hampir untuk membuat undi nanti, lagilah banyak pusingan kenderaan kempen itu berlalu.
Banyak rakyat jelata mengadu keadaan yang bising itu dan disebabkan kebencian mereka pada cara pilihan raya ini, banyak di antara rakyat mereka tidak buat undi sama sekali.
Thursday, October 30, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment