Banyak sedara dan kawan pesan belikan videokam atau digikam sebab buatan Jepun memang tahap "up-to-date". Model yang terbaru dan murah kalau dibandingkan dengan pasaran tempatan.
Di Jepun sekarang digikam memang sangat "trendy".
Kamera yang menggunakan "roll-film" sememangnya sudah lama "out-dated"!
Memang sudah lama niat untuk mendapatkan digikam. Yang susahnya menentukan harga. Setiap kali pergi ke kedai kamera harga pada model yang sama ditawarkan lebih murah dari yang sebelumnya, itu yang menyebabkan tertangguh-tangguh untuk membelinya. Rasanya kalau dibeli pada masa yang mahal menjadi tidak berbaloi nanti. Kalau ditunggu sampai harga habis jatuh, kamera itu mungkin habis semua dijual.
Model yg terbaru semua canggih belaka, menambahkan rasa kebingungan apabila memilih.
Akhirnya terjumpa juga dengan yang diidamkan Canon model IXY DIGITAL 30 di-kedai kamera Kitamura.
Harganya paling murah (yen 29800) kalau dibandingkan dengan kedai yang lain. Kali ini dengan tidak berfikir panjang lagi saya terus beli. Jurujual kata manualnya hanya dalam tulisan Jepun dan kalau ingin yang dalam bahasa Inggeris harus tunggu lagi dalam 10 hari lagi. Memanglah kalau difikirkan kamera itu hanya digunakan dengan "point & shot" sahaja tapi ini model canggih, rasanya harus juga tahu segala fungsi yang dilengkapkan. Untuk poskad atau kad sambutan berbagai, semuanya boleh dibuat sendiri. Ianya menggunakan kable USB port dan memori.
Kenalah sabar menanti manual dalam tulisan bahasa Inggeris itu sebelum dapat mengodeh-godehkan kamera ini. Orang yang tidak pandai sabar seperti saya, setibanya di rumah saya mencari laman url Canon dan mendapat tahu yang model ini hanya dijual di Jepun sahaja.
Saya rasa pelik kalau model ini hanya untuk pasaran Jepun sahaja. Bila melihat gambar kamera ini di website Canon, barulah saya faham yang model nombor di Jepun lain dari yang jual di pasaran luar walaupun modelnya sama. Model yang saya beli yang tertulis di atas itu kalau di pasaran luar negara menjadi ini PowerShot SD100.
Puas juga mencari manualnya dalam BI tapi kecewa sahaja sebab model ini masih baru (hanya 5 bulan) dalam pasaran Jepun dan belum lagi di ekport ke luar negara, jadi manualnya hanya dalam bahasa Jepun sahaja yang ada.
Terpaksalah tunggu juga hingga Canon Japan hantarkan manual itu dalam bahasa Inggeris.
Thursday, October 23, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment