Waktu solat tarawikh pertama semalam, ada pangilan memaklumkan waktu dan tempat berkumpul untuk solat tarawikh. Bertempat di bilik rekreasi di rumah antarabangsa di Universiti Ryukyu, waktunya selepas solat isyak 7.09 dan solat terawikh bermula pada jam 8 malam.
Hari ini ramadan pertama maghrib jatuh pada jam 5.53 ptg. Apa juadah buka hari ini?
Buah kurma 2 biji, kuih pau kacang merah sebiji, bubur barli manis dan labu kuning ditaburkan kacang gajus sacawan, air soya.
Itu belum masuk nasi lagi!
Rehat sebentar dan selepas solat maghrib baru makan nasi. Nasi lauk rendang daging dan salad daun lettuce kuah cecah minyak bijan dan ikan tuna goreng.
Pada tahun 1993-1996, masa saya tinggal di Johor Bahru, kerap juga kawan ajak berbuka puasa di hotel. Ada juga sekali dua pergi, makanan berbagai jenis, rasanya semua nak telan, bulan puasa rasanya perut ini tidak boleh masukkan banyak sangat sekali duduk. Rasanya ketat sangat. Selepas kekenyangan, tak terbangun untuk solat maghrib. Solat pun tertinggal dan qadakkan di rumah. Sampai rumah dah lewat untuk terawikh ke masjid, lagi satu tertinggal.
Bukan itu sahaja, bila dijadikan kebiasaan berbuka di hotal, berat badan naik cepat. Puasa seharusnya menguruskan badan tapi menjadi terbalik.
Selepas pengalaman itu, saya selalu saya tulak berbuka di hotel. Masak apa yang terdaya dan makan sekeluarga sahaja. Ini sudah menjadi rutin harian pada kami di bulan Ramadan sampailah sekarang.
Saya tak pernah beli lauk atau kuih dari kedai untuk juadah berbuka, alar kadar saja apa yang ada dan apa yang saya boleh masak walaupun masa itu masih tinggal di Malaysia.
Apatah lagi bila berada di negara bukan Islam sekarang, lagilah suasana berpuasanya tidak terasa. Rutin puasa itu tidak perlu saya ubah sebab sudah selalu dipraktikkan di Malaysia.
Selamat berpuasa, semoga ibadah kita diberi barakah-Nya kita di bulan mulia ini.
Monday, October 27, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment