Saya banyak kenalan dengan orang Islam dari Amerika. Lebeh dari 30% pulau ini terdiri dari tentera America. Saya pernah terdengar kalau orang asing ingin memohon kewarganagaraan Amerika, mereka boleh mendaftar sebagai askar dan selang beberapa tahun saja akan lulus permohonan mendapatkan warga negara Amerika.
Askar yang datang kebanyakkan dari Pakistan, Turkey, Morocco, Syria, juga Indonesia. Tapi yang lebeh ramai dari Afrikan-Amerikan, yang memang dilahirkan di Amerika. Mereka yang Islam boleh dikatakan datang ke pulau ini dengan niat yang lain. Niat untuk mendapatkan isteri muslim. Setiap orang bujang yang datang, akan menanyakan hal ini dan kalau boleh ketemukan mereka pada calon itu.
Yang saya rasa sangat susah ialah muslimah-muslimah ini bukan dekat untuk saya senang berhubung.
Ada satu kes, si gadis memberi syarat kalau si bujang itu dapat pindah ke Spore apabila sudah berkahwin kemudian. Perkara seperti itu tidak boleh dipastikan sebab undang-undang tentera tidak senang boleh berhenti atau bertukar jawatan. Kes ini batal.
Ada satu kes lagi, si bujang beri syarat apabila sudah bernikah inginkan si gadis belajar memandu, si-gadis menolak sebab takut memandu. Kes ini juga batal.
Ada satu kes lagi, terkena gadis pelajar dari Johor. Si bujang itu sudah bersungguh niat untuk bernikah dengannya sampaikan ingin pergi ke Johor untok berjumpa dengan bapa si gadis itu. Tapi sigadis itu menolak, lalu si bujang itu merajuk. Kerana merajuk ini dia terus tidak datang solah jumaat sehingga 3 bulan. Orang Islam semua tertanya-tanyakannya, ada yang sangkakan yang saya berpunca dia merajuk.
Waktu itu saya rasa rosak nama baik saya dalam comuniti Islam sini.
Perkara seperti itu membuat saya serik untuk menjadi orang tengah dalam mencarikan mereka jodoh.
Tapi masih ada lagi yang meminta tolong dan selepas insiden ini, saya suroh mereka usahakan sendiri.
Malas menyibukkan diri lagi.
Wednesday, October 08, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment