Terjemahannya.
moku moku to=> Dengan pelahan
kichi no hikobae=> kichi=pengkalan, hikobae=tunas baru musim spring
kiri otosu=>kerat dan buang
Bila dicantumkan bermaksud.
Dengan pelahan tunas baru di pengkalan dikerat dan buang. (hanya terjemahan-bukan bentuk haiku).
Saya menulis haiku ini minggu lepas dan ianya mendapat tempat pertama. Bukan haiku ini sahaja tapi haiku kedua juga mendapat tempat kedua. Pada bulan ini, saya sebagai orang asing, orang non-Japanese dapat mengalahkan orang Jepun dalam penulisan puisi mereka. Saya tidak sangka ini mungkin terjadi.
Ketua haiku menyuruh saya menyertai dan memasukkan haiku ini ke sayembara "Okinawa lepas peperangan" yang diadakan setiap tahun bulan Ogos untuk menyambut Hari Merdeka Okinawa dari Amerika.
Saya terasa serba-salah apabila ketua haiku mengatakan pada ahli-ahli yang hadir hari itu yang mereka sudah dikalahkan oleh orang asing. Ada diantara mereka yang merasa ini sebagai menghina bakat masing-masing.
Dengan pelahan tunas baru di pengkalan dikerat dan buang.
Haiku ini menunjukkan betapa bencinya saya pada pengkalan Amerika yang berserak merata di Okinawa. Pengkalan ini mengambil tanah dan laut di bahagian terbaik di pulau ini. Penduduk Okinawa sudah lama meminta tanah mereka dipulangkan semula tapi setakat ini hanya sedikit dan sangat memakan masa untuk mereka pulangkan.
Sekarang musim bunga dan banyak tunas baru bermula.
Jika tunas baru ini disekat atau perkembangan di pengkalan dikurangkan sedikit demi sedikit mungkin satu hari nanti penduduk Okinawa akan memperolehi kesemua tanah mereka semula.
Itulah penerangan haiku ini.
Salam Kak Lela...TAHNIAH! Semoga haiku-haiku Kak Lela akan terus mendapat pengiktirafan. :)
ReplyDeletep/s:...saya sentiasa percaya bahawa apa jua apabila kita berikan jiwa ke dalamnya (sama ada puisi, foto atau haiku), pasti ia akan menyentuh jiwa... :)
ye betul unsunghero san,
ReplyDeletebak kata orang...beri senyum dapat senyum dan beri jiwa dapat jiwang hehehe.
Saya percara hanya usaha dan belajar terus belajar utk orang melayu berganding ilmu dgn orang bukan melayu.
Saya mempunyai wawasan. Mengumpulkan haiku bahasa Jepun karya saya sendiri utk buku antologi dan diterjemahkan ke BM dan BI ke pasaran sana.
Saya percaya belum ada orang melayu pernah mencabar dunia ini. Doakan ye :-)
K.Lela...omedetou ne!! moga lepas ini, lebih byk lagi kejayaan utk K.Lela. ganbare!
ReplyDeleteTahniah kak lela, harumkan nama bangsa di persada antarabangsa...
ReplyDeletesaya dapat rasakan apa yang kaklela nak expresskan pada haiku itu. Memang indah. Tahniah!
ReplyDeleteirrashai rudy san,
ReplyDeleteohisashiburi desu ne...mesurashii wa, kono blog te rudy san mo mitte iru, nan ka ureshii koto natta.
anyway selamat menunaikan ibadah ramadhan, semoga rudy, suri insyirah dan baby hiro dibarkati sekeluarga.
sifu,
ReplyDeletetahniah sangat2 buat sifu. fina tumpang berbangga dengan kejaayan sifu. smg ianya berpanjangan.