Wednesday, March 07, 2007

Sop lobak merah



Ini bukan entri masakan, ini nak cakap pasal doktor dan sepital.

Nampak tak sop lobak tu, baiklah. Gambarkan situasi yang anda harus masakkan sop ini untuk 200 orang pesakit di sepital. Pesakit ini datang dengan berbagai penyakit, ada lidah tak rasa apa lagi, ada yang tak ada gigi, ada yang kena suap makanan.

Sepital awak panggil seorang nenek Jepun yang berpengalaman masak seumur hidupnya, neneklah katakan. Sepital minta nenek ini ajar doktor masak sop lobak merah ini.

Nenek ini kata kena potong lobak itu 5mm, tak lebih tak kurang. Jadi awak setting mesin potong ukuran 5mm dan masukkan lobak-lobak itu. Mesin potong tak betul, ada lebih 5mm, ada kurang 5mm.
Jadi nenek suruh potong dengan tangan satu persatu, setiap lobak irisan 5mm. Jangan lupa ini nak kasi orang sakit sebanyak 200 orang!
Tengok kembali gambar tu, nampak tak lobak 5mm? Awak garuk kepala.

Lepas tu, nenek suruh awak goreng irisan bawang dengan lobak itu. Kacau, kacau dan kacau supaya rasanya sebati.
Tengok kembali gambar itu, nampak tak bawang? Awak garuk kepala.

Lepas goreng, tutup kwali. Tapi awak buka tutup kwali itu setiap lima minit dan toskan air wap itu masukkan ke dalam kwali semula. Setiap 5 minit kena ulang sampai lobak itu empuk.
Tengok kembali gambar itu, ada tak nampak air wap? Awak garuk kepala.

Semua dah empuk, masukkan dalam blender dan haluskan sampai nampak macam dalam gambar itu.

Hidangkan untuk 200 orang pesakit. Buat quality check dan tanya semua pesakit adakah sop itu sedap. Semua kata sedap.

Kalau entri ini buat awak garuk kepala, saya pun tak tahu apa cara lagi nak sampaikan mesej ini.

Jepun, Jepun...*sigh*

7 comments:

  1. saya faham...orang jepun sangat kuwashi...sangat cerewet..sangat urusai...

    ReplyDelete
  2. saya garu kepala jugak kak lela. sebab tak paham. hehehe. tak buleh ke blend semua je?
    sebab last kali masuk perut jugak. tu bagi saya la. mungkin sebab lidah buaya kot. tolak kayu dengan batu jer. yang lain semua makan.
    tapi saya kalau masak, sangat penting akan presentation makanan tu. mesti nak lawa. kalu tak, tak der selera. cerewet jugak sebenarnya. heheh

    ReplyDelete
  3. k.lela, wakaru youu de wakaranai...

    nak tanya k. lela saya tak boleh nak tinggalkan komen la lepas tukar pada google account ni. Tu yg selalu jadi anonymous.
    K. lela tau tak nak buat cam ne?

    rubie/faruha yori

    ReplyDelete
  4. rubie,
    sebenarnya selepas tukar ke google a/c ini akak pun gabra. Tak dapat masuk blog sendiri nak buat entri, rupanya kena masuk guna emel add.
    Entahlah, akak faham kes rubie ini tapi tak tahu nak buat camne, mungkin rubie pernah ada a/c dengan goolge atau blogspot, kot?
    Tak pelah, letak rubie aje lepas tulis komen.

    nor lenny,
    selagi kita belum faham cara ketelitian orang Jepun, selagi itulah kita tidak akan faham perjalanan fikiran mereka. Klela juga sudah tinggal sini lebih 25 thn tapi masih gagal memahami perkara-perkara halus dalam pemikiran mereka.

    salam anon-san.

    ReplyDelete
  5. betul la kak lela..orang jepun sangat2 teliti. masa kecik2 dulu pernah tengak satu dokumentari NHK pasal bidang masakan. ada sorang trainee chef terpotong ketam salah sikit je terus kena komen/tegur sampai menangis. tapi ni samar2 dalam ingatan sebab dah berbelas tahun dokumentari tu. sekarang tak tahu lah macam mana.

    tapi bagus jugak.. sebab tak hangat2 tahi ayam. buat sehabis baik.

    ReplyDelete
  6. kak lela,

    selamat bertemu kembali di blogland. sudah hilang rindu pada blog kak lela. ingatkan dah berhenti memblog. hehe.

    orang jepun cerewet dan teliti ya? huhu

    ReplyDelete
  7. salam uda,
    ini yang tak faham...
    sudah hilang rindu pada blog kak lela bermaksud dah tak rindu lagi kat blog kak lela
    atau
    rindu sudah hilang lepas membaca blog kak lela.
    aduss....bercampong-campong kepalaku.

    ReplyDelete