Tuesday, May 08, 2007

Lily on Ie



Lily, warnamu putih
ketelusan, keikhlasan
tidak bercorak, tidak bercampur
memberi harum pada yang menikmati

Kebaikanmu tidak dihargai
tidak terlihat seri berputih
Masih kamu melambai hati
memberi harum merata segi

Jangan hentikan sinar serimu
Contohkan putih biar mengerti
Sentiasa dikenang dalam abadi
harumkan lagi telus kemesraan.

7 comments:

  1. Assalamualaikum...Kak Lela,
    Dah lama saya mencari..baru hari ini saya berjumpa semula dengan blog baru kak Lela.....syukur sangat....sebab saya sangat suka membaca tulisan-tulisan kak Lela....jangan pergi lagi ya kak Lela...saya hanya ingin menumpang baca....

    ReplyDelete
  2. salam azura chan,
    Maafkan, maafkan diri ini. Bukan niat untuk melarikan diri, blog itu banyak gangguan dan terpaksa ditutup. Blog inilah kak lela bermula menulis, ini blog asal. Kira kak lela balik ke asal bukan pindah blog baru.
    maafkan lagi, rasa sedih sangat Azura tertinggal dalam permindahan itu :-(

    ReplyDelete
  3. k.lela pn suka bunga ke?...
    seronok tgk bunga-bunga ni kan, cantik, mendamaikan perasaan.

    tumpang tanya kak, Lily ni boleh hidup kat Msia? 1st time saya tengok bunganya...

    ReplyDelete
  4. salam faruha,
    itu gambar faris bercangkung kat airport ke?
    Lily boleh hidup di negara tropik ke tidak, mungkin tak boleh kot sebab ianya hanya berkembang 2 minggu sahaja. Lepas kembang hanya tinggal daun dan mati. Tunggu sampai tahun depan untuk kembang lagi.

    ReplyDelete
  5. tapi di rumah ada pokok lili. emak azra gilakan pokok lili. ada warna putih, merah, pic dan oren. tp bunga dia tak besar mcm kat dlm gambar.

    ReplyDelete
  6. Azra chan,
    bunga amaryllis pun bentuk seperti lili tapi bukan lili. Kat Msia ada orang tanam bunga amaryllis tapi bunga lili belum pernah nampak.

    ReplyDelete