Tuesday, May 29, 2007

Tomato Jelly

Ni baru balik dari hantarkan DVD ke kedai video Bookbox. Sejak Tsutaya (rival Bookbox-kedai video juga) dibuka di Ryubo sebulan ini, Bookbox menjatuhkan harga pinjaman pada semua movie lama. Movie yang lebih dari 3 tahun. Jadi saya pun pinjamlah segala movie. Selalunya lepas makan malam dan lepas dengar berita harian, saya pasang DVD movie dan kami (otto dan saya) menonton bersama.
Entah kenapa anak-anak saya tak minat tengok movie, lalu-lalu depan TV, jeling pun tidak.

Balik pada kedai video tadi, saya pulangkan video dan saja-saja cuci mata tengok tajuk movie yang baru keluar.
Bila saya masuk, terdengar anak kecil lelaki agak dalam umur 4 tahun di belakang menjerit-jerit pada emaknya yang agak muda.

"Tomato jelly, tomato jelly, tomato jelly!" dia menjerit sambil direbahkan badannya, menguling-guling dengan kuat suara.
Emaknya pula sikit pun tak pedulikan dia. Saya pandang keliling, selain dari mereka berdua, hanya saya saja yang ada situ.

Kalau anak saya dah lama kena lempang kat butt-ock tapi anak orang. Pada saya kalau anak orang, macamana dia guling-guling dan berperangai buruk pun, comel saja. Saya suka perhatikan cara dia menangis dan meng"control" emaknya, bukan yang ini saja, anak sesiapa pun sama.

Tapi yang budak ini jerit-jerit, dia nak tomato jelly, takkan ada tomato jelly dalam kedai video ini?
Emaknya masih tak pedulikan dia, saya rasa emaknya ada penutup telinga. Saja dia baca tajuk-tajuk video dengan anaknya sedang berguling-guling.
Budak tu pula, bila nampak emaknya tak endahkan dia, mungkin dia dah biasa buat "show" begini, bangun dan ambil setiap DVD kartoon lalu dicampak-campakkannya ke arah lorong orang lalu lintas.
Emaknya kata dengan selamba "yamenai to kaeru yo!"
(kalau tak berhenti, kita balik).
Apa lagi budak itu ambil lagi beberapa DVD dan campak kat emaknya pula.
Kali ini tali kesabaran emaknya putus, dia tarik anak itu terus keluar diiringi dengan jeritan anak itu.
Apabila mereka keluar, staf datang mengemaskan DVD yang berserak tercampak sana sini.
Saya baca setiap DVD, semuanya bertajuk...

"Tom to (and) Jerry"

Aha, tomato jelly!

8 comments:

  1. Sian nye budak tu. Apasal la emaknye tk pinjam 1 tomato jelly tu?

    ReplyDelete
  2. Kak lela

    Rasanya mak dia tak nak pinjam sebab nanti sepanjang hari 24 jam kena tgk tomato jelly... saya pun seharian kena tgk tomato jelly + anak -anak berguling guling ketawa!!! Sekarang DVD player dah NO NO NO di rumah...

    ReplyDelete
  3. salam aini,

    hahaha, jahrera pun rasa gitu. Sampai termuntah tengok katun semanjang-manjang.

    salam sham,
    tu aini dah beri jawapan, kalau emaknya ada lain agenda, jahrera tak nak tau hehehe.

    ReplyDelete
  4. uhuu anak saya pon nengok katun gak bantai astro ... tp nengok katun education jer ... kekadang jer nengok animax (anime jepun kat astro) ... well guling2 lom lg setakat jerit & hentak kaki tu biaser ler

    -Maz

    ReplyDelete
  5. Kak..z ketawa dengar tomato jelly.. the power of nihongo!!!

    ReplyDelete
  6. salam k.lela

    sila lihat komen di N3 freedom ye. Maaf saya ni selalu tertinggal bus...

    ReplyDelete
  7. hahah, senyum panjang saya baca entri kak lela kali ini.
    sekarang, sufiah pun kejenya tengok cd 'ice age' yg ada watak baby diselamatkan oleh sid the sloth dan manny the mammoth.
    tiap kali nak tengok cd tu, sufiah akan ambil cdnya atau terus datang kpd saya sambil berkata, "mak, nak tengok baby!"
    neneknyalah yg macam nak muntah, dari celik mata sampai tengah malam duk pasang cd 'ice age' tu.

    ReplyDelete
  8. kekeke..mmg geli hati. ume gelak2 dlm hati ni, bila baca entry kali ni. Tomato Jelly!!

    ReplyDelete