Wednesday, May 09, 2007

Mandi



Akak, mandi apa tu sampai 1 jam lebih?

Cara mereka mandi ada tertibnya, kita kenalah ikut cara mereka.
Gosok-gosok, masuk sauna, masuk kolam jakuzi.
Lepas tu, gosok-gosok, masuk sauna lagi, masuk kolam jakuzi lagi.
Lepas tu, gosok-gosok lagi baru habiskan dengan sauna dan kolam jakuzi.
Kalau tak mau 3 round, buat 2 round pun boleh, suka ati lah.
Saya terangkan pada gadis ayu dari KL itu.

Boleh tak pakai tuala dalam kolam?
Sehelai pun tak boleh, itu undang-undang yang sudah tertulis. Kita ikut ajelah.

Tapi kak saya tak biasalah...
Biasalah tu, banyak orang melayu tak biasa. Kalau dah selalu buat, jadi biasalah.

Sikit amaran nak cakap nie...bila sampai sana, jangan tenung mereka.

Suhu bilik sauna 70c dan suhu air jakuzi 45c.

Macam udang masak....

Selepas 2 rounds, gadis ayu itu kata yang dia sangat penat. Ya, itulah penangan bila lemak dalam badan kena masak dan cair. Juga walaupun tidak bersenam, rasa penat semacam. Kepalanya mula ringan dan mabuk, jadi saya suruh dia duduk sebentar untuk menstabilkan pejalanan darah dalam badan.

Saya juga begini waktu pertama kali masuk bilik sauna. Kali ketiga saya pergi sendiri dan waktu mengundurkan kereta masa balik, saya terlanggar dinding bangunan sebab kepala rasa ringan dan berpusing tapi bukan pening.
Berat badannya turun 300gm selepas mandi sauna dan peliknya dia hanya duduk dan merendamkan badan dalam kolam panas itu.

Gadis ayu itu menanyakan kepada saya adakah sauna seperti itu di KL dan saya kata sepatutnya dia yang lebih tahu darihal itu.

Akhirnya saya tanyakan apa rasanya selepas sessi mandi bersama itu.
Katanya pada mula SHOCK dan masih shock lagi...

Memang betul, pada mulanya shock tapi selepas beberapa sessi shock itu hilang sendiri.
Sekarang saya lebih memerhatikan kecantikan asli dan perbezaan pada setiap manusia walaupun pandangan itu dibuat secara lari-lari.

5 comments:

  1. sapa lah agaknya gadis ayu tu ye.. satu pengalaman amat berharga baginya.....

    ReplyDelete
  2. sapa lah agaknya gadis ayu tu ye..

    ReplyDelete
  3. salam angah-nora,

    Tahniah dah dapat masuk buat komen.
    Komen ini tidak segera dipublish, jahrera kena approve terlebih dahulu baru dipublishkan, itu yg kena tunggu bukan masalah tersangkut :-)

    Baru dapat maklumat yang cara orang Jepun mandi di tempat mandi umum begini tidak ada di Msia. Jadi memang betul, pengalaman ini tidak dirasai di Msia.
    Tahniah berani mencabar diri dgn pengalaman baru.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Lela...apa ada sauna sebegini untuk lelaki sahaja di sana? juga adakah peraturan yang sama digunakan? maksud saya mandi tanpa seurat benang itu? kalau saya di tempat gadis ayu itu, pasti saya juga akan mengalami kejutan budaya pabila masuk ke dalam sauna itu... :)

    ReplyDelete
  5. salam kembali unsunghero,
    Ye, dewan mandi utk lelaki bersebelahan dgn dewan wanita tapi tertutup. Ye lagi, peraturan sama utk lelaki.
    Ye lagi, ianya satu kejutan budaya utk orang melayu.
    Lagi satu kejutan budaya, ada famili mandi bersama sampai anak itu rasa malu dan minta diasingkan.
    Satu perasaan apabila mandi bersama tanpa sehelai benang, rasa sangat rendah diri dan tidak ada apa yg boleh dibanggakan dlm keadaan begitu.

    Come in this world with nothing, leave this world with nothing.
    Nothing comes from nothing,
    back with nothing and
    originally we are...
    nothing.

    ReplyDelete