Thursday, July 26, 2007

Made in India


Suhu pulau ini mencengkah ke 33c. Pagi selepas suruk panas dah menaik hingga ke 29c.
Lebih berbahang dan panas dari Msia sekarang. Kalau di Msia pagi masih dingin lagi, suhu antara 23c atau 24c tapi sini kena pasang 2 kipas di ruang tamu. Saya dengar berita di Eropah sekarang yang suhunya naik ke 44c, seramai 27 orang sudah menjadi mangsa kepanasan ini. Semalam saya masuk bilik mandi sauna, ternampak seorang puan dalam umur 30's, badannya berbelang-belang hitam putih. Nampak dia gosok-gosok badannya macam perit sakit semacam. Rasa kau, nak sangat kulit hitam, kan dah nahas jadinya!

Doktor kata jangan pakai air-con selalu sangat, waktu nak tidur pasang sejam dan siang kalau boleh tutup air-con untuk memaintainkan (BM+BI) immuniti penahan sakit badan.
Macamana jalannya air-con boleh jatuhkan immuniti penahan sakit badan, itu saya tak tahu...dia kan doktor pepandai dialah nak kata apa...kita cuma ikut aje arahannya.

Dalam berpeluh-peluh masak petang semalam, saya terdengar lagu kat atas itu.
Eh, mana datang keluar lagu bollywood tengah-tengah kampung ulu Jepun ini? Takkanlah jiran tua-tua sebelah minat bollywood tiba-tiba?

Cari punya cari punca lagu...rupanya anak sulung itu tengah muat-turunkan lagu ini ke komputer ribanya. Pertama sekali, saya tulis anak sulung kat sini sebab kalau tulis nama dia, dia tahu saya ngumpat story dia. Kedua, apasal mereka namakan laptop...padahal bukannya letak kat riba pun bila digunakan?

Bila terdengar lagu bollywood ini, macam terasa kat kampung Radin Mas dulu, masa tu umur saya baru 4-5 thn. Orang sebelah, bukan sebelah saja...tapi rasanya semua rumah buka siaran lagu pemintaan bollywood setiap petang pukul 4 sampai 5.
Macam ada pesta, kalau setiap rumah mengeluarkan lagu yang sama.

Tapi yang pelik, macamana si sulung ini boleh melekat dengan lagu bollywood tiba-tiba? Kalau dah sampai Spore dan sudah terdengar lagu ini, lalu dia jadi minat...saya fahamlah juga. Ini belum pun pergi sana, dia dah sibuk download lagu bollywood...apahal? Mungkin ada kaitan dengan entri ini...

Itu pun satu soalan saya tak tahu jawapannya...*sigh*

Anyway, sementelah saya sibuk mengumpat lagu ini, baiklah saya buat dedikasi.

Saya dedikasikan lagi ini pada kak yan, kawan lama yang telah hilang di dunia siber ini tapi dengan jejak kasih dari AiniZakri "terjumpa" semula.

Kak yan...sila nikmati lagu ini dan masa mendengar itu, kenangkanlah juga kisah-kisah romantik waktu muda dulu dengan "hero tamil" yang kak yan sangat sayang itu.

7 comments:

  1. lagu ni selalu dengar masa azra sekolah rendah.

    ReplyDelete
  2. Kak lela

    Terkekeh kekeh saya dengar lagu nih....terimakasih byk byk...

    Kak Lela...nak tulih kat blog saya...ketibaaan Halela..boleh tak?

    Tak terkata gumbiranya rasa nak tunggu lagi + - 2 minggu...

    p/s tadi masak soba..zakri kata...kena tunggu kak lela ni..mesti dapat rasa yg betul betul jepun...kikikikki .. habis la akakkkkkkk...

    ReplyDelete
  3. salam ainiZakri,
    sebenarnya Aini sekarang dah masuk musim ribut taufan, kita tak boleh rancang apa2 dulu. Tunggulah dulu, bila jahrera dah sampai sana, all in one piece, insyaAllah, barulah kita jadualkan rancangan, setuju tak?

    ReplyDelete
  4. salam azra chan,
    wah, masa sekolah rendah azra dengar lagu ini? Aunty pun tak tahu bila lagu ini meletop pop-pop!

    ReplyDelete
  5. wah...itu persiapan nak ke S'pore ka? Tempias taufan tu sampai ke KK, sini angin kuat dan hujan lebat takut gak...maklumlah duduk tepi2 laut ni :(

    ReplyDelete
  6. Lagu ini meletop dulu. Selalu dengar orang mainkan di pasaraya dan kedai-kedai kain.

    ReplyDelete
  7. salam ailin,
    agaknya di sana lebih banyak angin kencang tapi taklah sekuat angin taufan kot?
    Tapi sedap betul tinggal tepi laut, tak perlu air-con dan kipas angin waktu malam.

    ReplyDelete