
Sebenarnya hayashi raisu ini stew ala style-Jepun. Beef stew atau hashed brown stew tapi mereka ubah ke hayashi raisu. Kan ke cengkadok namanya tu? Mengubah-ubah sesuatu nama hanya kerana mereka tak boleh sebut "hashed"?
Hari ini rasa nak masak hayashi raisu ini. Sebelum ini selalunya buat hayashi raisu ini guna rempah segera, tapi sekarang brand itu dah dimasukkan gelatine. Kurang asam betul, dulu boleh makan sekarang diorang masukkan gelatine!
Tengah mencari resipi ini, masuklah salah seorang kakak ipar membawa sekotak bungkusan. Katanya anak dara rumahnya yang tinggal seorang lagi bertunang semalam. Ini ada hadiah berkat pertunangan itu. Saya buka depannya kotak itu dan perhatikan ada daging khinzir goreng dan berbagai lauk lagi.
Saya kata ambil semula kotak ini, membazir berikan untuk rumah ini sebab kami tidak makan, tak sampai hati pula nak kata kami buang dengan kotak sekali.
Kata kakak itu buang saja daging (haram) itu dan makan yg lain...saya kata tidak boleh.
Lalu kembalikan kotak itu padanya...dia kata saya pelik.
"Ini Okinawa"...saya faham maksud tersiratnya bila dia sebut "ini Okinawa", bermakna saya harus ikut adat resam orang pulau ini.
Saya kata ini tidak pelik dan perkara begini tidak pelik dari tempat yang saya datang.
Ada sejenis kuih berbentuk tali terikat, dia kata makan kuih itu supaya anak-anak rumah ini pun lekas khawin.
Merepek betullah hati ini berkata, saya kata orang-orang lain tak pun makan kuih tali terikat itu tapi semua pun khawin juga.
Tapi kami bukan bertengkar atau berbahas-bahas...saja saya terangkan dengan baik supaya dia faham dan tidak masukkan kami dalam adat dan kepercayaan mereka.
Orang-orang Islam harus doublekan kekuatan iman di perantauan untuk menahan bisikan dan pengaruh ugama atau kepercayaan lain jika ingin bertahan di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam.
Kalau slack saja sikit, senang betul akidah jatuh, pecah.
Saya dah biasa dengan reaksi mereka begini...tidak menjadi masalah lagi tapi kadang-kadang takut anak-anak terpengaruh, nauzubillah min zalik.
Kenapa bermula dari hayashi raisu hinggakan ke khinzir goreng?
Saya pelik dengan tulisan saya kebelakangan ini, selalu ber-detour dan berkonar-konar.
Anyway itu hayashi rice yang saya buat 100% menggunakan bahan sendiri, siap masukkan serai 2-3 batang lagi supaya bau wangi. Ubahlah sikit, kalau mereka pakai bay leave dan thyme, apa salah kita gunakan serai, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit dan lain-lain herbal tempatan, ia tak?
nota kaki: kalau inginkan resipi ini, daftar ke multiply dot com dan cari nama jahrera.
Seksa betul kan nakkan resipi saya?