Sunday, December 09, 2007

Hayashi rice



Sebenarnya hayashi raisu ini stew ala style-Jepun. Beef stew atau hashed brown stew tapi mereka ubah ke hayashi raisu. Kan ke cengkadok namanya tu? Mengubah-ubah sesuatu nama hanya kerana mereka tak boleh sebut "hashed"?

Hari ini rasa nak masak hayashi raisu ini. Sebelum ini selalunya buat hayashi raisu ini guna rempah segera, tapi sekarang brand itu dah dimasukkan gelatine. Kurang asam betul, dulu boleh makan sekarang diorang masukkan gelatine!

Tengah mencari resipi ini, masuklah salah seorang kakak ipar membawa sekotak bungkusan. Katanya anak dara rumahnya yang tinggal seorang lagi bertunang semalam. Ini ada hadiah berkat pertunangan itu. Saya buka depannya kotak itu dan perhatikan ada daging khinzir goreng dan berbagai lauk lagi.
Saya kata ambil semula kotak ini, membazir berikan untuk rumah ini sebab kami tidak makan, tak sampai hati pula nak kata kami buang dengan kotak sekali.
Kata kakak itu buang saja daging (haram) itu dan makan yg lain...saya kata tidak boleh.
Lalu kembalikan kotak itu padanya...dia kata saya pelik.
"Ini Okinawa"...saya faham maksud tersiratnya bila dia sebut "ini Okinawa", bermakna saya harus ikut adat resam orang pulau ini.
Saya kata ini tidak pelik dan perkara begini tidak pelik dari tempat yang saya datang.
Ada sejenis kuih berbentuk tali terikat, dia kata makan kuih itu supaya anak-anak rumah ini pun lekas khawin.
Merepek betullah hati ini berkata, saya kata orang-orang lain tak pun makan kuih tali terikat itu tapi semua pun khawin juga.

Tapi kami bukan bertengkar atau berbahas-bahas...saja saya terangkan dengan baik supaya dia faham dan tidak masukkan kami dalam adat dan kepercayaan mereka.
Orang-orang Islam harus doublekan kekuatan iman di perantauan untuk menahan bisikan dan pengaruh ugama atau kepercayaan lain jika ingin bertahan di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam.
Kalau slack saja sikit, senang betul akidah jatuh, pecah.

Saya dah biasa dengan reaksi mereka begini...tidak menjadi masalah lagi tapi kadang-kadang takut anak-anak terpengaruh, nauzubillah min zalik.

Kenapa bermula dari hayashi raisu hinggakan ke khinzir goreng?
Saya pelik dengan tulisan saya kebelakangan ini, selalu ber-detour dan berkonar-konar.

Anyway itu hayashi rice yang saya buat 100% menggunakan bahan sendiri, siap masukkan serai 2-3 batang lagi supaya bau wangi. Ubahlah sikit, kalau mereka pakai bay leave dan thyme, apa salah kita gunakan serai, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit dan lain-lain herbal tempatan, ia tak?

nota kaki: kalau inginkan resipi ini, daftar ke multiply dot com dan cari nama jahrera.
Seksa betul kan nakkan resipi saya?

9 comments:

  1. k.lela buat badge multiply le letak kat atas blog ni..senang org nak click...tak perlu cari-cari.
    bukak pm kat mp ye :)

    aida-kyushu

    ReplyDelete
  2. salam aida,
    url mp jahrera tu hanya untuk close contact saja bukan untuk public.
    Letak kat atas pun orang awam tak dapat baca hehehee....
    jahatkan klela!!!

    ReplyDelete
  3. kak lela, saya sebenarnya ada gak teringin nak bertanyakan resipi hayashi raisu ni... sekali kak lela dah letak sblm sempat saya tanyakan - alhamdulillah, rezeki...

    pasal jodoh anak-anak - insya Allah sampai masanya adalah tu... mak dulu bimbangkan saya sebab dah di hujung umur 20an masih single lagi - ditakdirkan Allah bertemu dengan pak ustaz, amat dipermudahkan. bertemu bulan ogos, bertunang bulan september dan selamat diijabkabulkan bulan disember sebelum saya menjejak 30an...

    ReplyDelete
  4. :) Jepun pun ada kepercayaan camtu ye... macam org kita le kalau lambat dpt jodoh suruh mandi bunga dll... hmmm kena banyak sabarkan kak, diorang tu rasanya faham tapi saja buat-buat tak faham... orang kafir ada saja cara nak melemahkan kita... hmmmm.

    ReplyDelete
  5. auntie,terima kasih banyak2 ye...

    ReplyDelete
  6. kak lela
    bukan di perantauan jer kena doublekan iman, kat KL ni aje.. kalau bawak anak ke KLCC.. aduhai aduhai.. kita yang tua tua ni sesak nafas dibuatnya.. nampak segala lurah dan longkang.. bab makanan pulak, kena pastikan betul betul ada pengesahan halal baru boleh makan..
    bab hiburan, aurat, pergaulan.. emm kalau tak betul betul kuat iman, mudah terpesong jugak..

    ReplyDelete
  7. salam anna,
    no problem, hope it might help a bit.

    salam pagi jumaat zar,
    entahlah zar...dah tak tau apa nak komen lagi.

    ReplyDelete
  8. Puan Halela,

    Ini ada suatu kisah 'lucu' pada saya ...

    Tiga minggu lalu saya dapati hanya gambar buku koleksi Haiku itu sahaja dalam blog Puan ini.

    Sebaik sahaja saya nampak gambar itu langsung saya tutup dan pergi. Esok datang lagi, tak jugak nampak yang baru. Kemudian datang lagi ...

    Rupanya saya lupa ... itu kan iklan, mestilah ada di depan, saya langsung tak baca entri di bawahnya. Yalah saya jenis baca cepat, tak nampak apa yang dicari terus pergi.

    Ada suatu hari selepas putus asa tak dapat baca bahan terbaru dari blog Puan, maka saya pun rungut dalam hati,

    "Ala orang tua ni tak updet laaa,"
    Sambil itu saya rasa hampa lagi tertekan sebab tak dapat baca bahan dari pulau Okinawa.

    Ha ha ha. Lepas tu saya rasa lucu sangat ... apa yang aku buat ni, menyibuk nak tahu kehidupan orang ...

    Dua hari lalu saya terjumpalah dengan tulisan-tulisan Puan as I scroll down ... banyaknya ...

    gembira. gembira. gembira.

    Sekarang ni saya ada di office adik saya, tunggu dia buat kerja. Dari tempat kerja saya tadi saya naik teksi ke sini ... nanti balik sama-sama dia naik teksi juga. Tapi mulai bulan hadapan saya akan memandu kereta ... dua hari lalu saya telah lulus ujian memandu.

    Tujuh tahun lalu saya telah ada lesen P - kemudian saya terlupa re new ... oleh sebab saya tidak re new lesen saya lebih dari dua tahun tanpa alasan yang munasabah maka terpaksa duduk semula ujian ...

    Sekarang ... saya sangat gembira, nanti saya akan dapat membawa sepupu perempuan kami semuanya berjalan-jalan naik van, InsyaAllah.

    Salam.

    aminahjazilahabubakar
    Ampang, Selangor

    ReplyDelete
  9. salam aminahjazilahabubakar,

    k lela pun baru hidupkan lesen kenderaan yg msia punya.

    K lela pun selalu masuk blog awak, dan rasa hampa awak tak updet...
    "alahai, hampehlah budak sorang nie tak updet..."

    pi...updet...pi...kwang, kwang, kwang.

    ReplyDelete