Pada mulanya awal tahun ini dalam bulan Mac, saya mengikut sahaja member-member haiku pergi bersama. Mereka menerima kupon percuma dan kita gunakan kupon ini untuk masuk percuma. Jadi saya ikut sahaja mereka.
Ini menjadi happening (peristiwa-bila masukkan perkataan ini macam bunyi cerita donggeng pula) mingguan. Bila kupon habis, mereka sudah tidak kerap pergi lagi tapi saya masih pergi juga. Seterusnya saya pergi sendiri. Setakat itu saya masih pergi seminggu sekali sahaja dan sekarang disebabkan ketagihan sudah menyerang, saya menambah ke 2 kali seminggu.
Saya mengelilingi 3 furoya mengikut jadual hari Ladies Day atau jadual Hari Mandi yang mereka tetapkan.
Pada hari-hari begini, pembayaran kegunaan dikurangkan, tidaklah 2 kali mahal seperti hari-hari lain.
Satu di Kampo Center, ada air batting yang memukul bahu, ada kolam air bunga lavender, ada jacuzzi urut dan katil urut.
Dua di Dewan Kesihatan, ada kolam air masin dari laut, ada steam sauna dan kursi baring utk berehat.
Tiga di Hotel Well Sun Pier, di sini semua ada dan pandangannya dari atas bukit sampai ke laut, sungguh nikmat sambil rendamkan badan dalam kolam jacuzzi.
Itulah ketagihan saya sekarang.
Lagi pun setelah badan ini direndam air panas, segala sengal-sengal di sendi-sendi, segala sakit di otot dan segala keletihan terus hilang. Bukan itu sahaja, kulit menjadi halus dari hujung rambut ke hujung jari.
Juga zat tidur menjadi sungguh puas. Tidak bermimpi, tidak terputus-putus dan sangat mendalam.
Dan...ini saya baru tahu...
...pukulan darah juga turun setelah merendam badan dalam air panas.
Ini catatan before 130/77 dan after turun ke 126/66!
Saya rasa kelebihan dari kesihatan mengatasi perasaan dosa. Yelah, saya rasa berdosa melihat mereka mandi dengan tidak sehelai kain pun. Dosa dalam segi ugama mengatakan yang aurat bersama wanita ialah antara lutut dan bawah pusat.
Saya memakai kain halus untuk menutup badan dan membuka kain itu sewaktu merendamkan badan dalam kolam. Apabila merendam dalam air panas itu, saya memeluk lutut, jadi tidaklah dinampakan aurat.
Tapi saya rasa wanita-wanita yang ada bersama, mungkin mereka rasa saya ini ganjil sebab tidak membuka kain sepanjang berada di bilik furoya.
Kadang-kadang seperti dilemma pula.
Takut pula mereka sangka saya cik wek molek yang mempunyai dua jenis kema:luan!
Memang saya rasa bersalah dengan ketagihan ini tapi disebabkan niat sebagai usaha untuk membaikkan kesihatan sendiri...saya harap kesalahan ini dapat diampunkan Allah Taala dunia dan akhirat, insyaAllah.
macam-macam air berendam yg ada ye... agaknya sebab itulah mek0mek Jepun semua nampak sihat & slim selalu :-)
ReplyDeleteteringin nak berendam di onsen tapi sebab malu, kena cari yg private...
salam lina,
ReplyDeletesusah nak dapatkan onsen atau furoya yg private. Kalau di hotel pun kena minta izin mereka jika ingin pakai swimsuit sebab orang lain yg mandi bersama buat komplen.
Mereka kata gaijin (orang alien/asing) tidak tau tertip dan cara mandi di furoya.
Lagipun di hotel, selalunya kolam mandi tutup jam 11 mlm dan mereka banyak yg mandi malam.
Itulah memang susah dapatkan privacy onsen atau furoya.
Kak Lela,
ReplyDeleteKat Teradomari(pasar ikan) ada onsen family....kita sewa satu bilik,tak cmpr dgn org luar.Dia charge 3000yen/2hrs kalo x silap.Cadangnyer nk g cuti next week ker.....
Su,
ReplyDeletekat mana onsen tu? Hihi macam ye ye nak pegi nih :-)
Lina....
ReplyDeleteLocation : Teradomari, Niigata-ken...
Jauh tuuuu from Tokyo.
Masuk onsen sambil mengadap Nihonkai(Sea of Japan)
Syok nyer kak lela bole mandi camtu. Tapi agaknyer kalau dah ramai2 dan bermacam size, tak malu dah lah kut kan.
ReplyDeletesalam suhaila,
ReplyDeletekolam untuk keluarga sebilik begitu memang mahal, tapi ada privacy.
Masa kesakitan selepas turun dari G. Fuji, k lela menginap di sebuah hotel yang ada furoya. Di situ mereka sediakan batu panas berbentuk kursi baring dgn mengalir air panas, nikmat betul di bahagian pinggang terasa panas.
Pergilah dengan keluarga. Mesti anak2 mengantuk dan tertidur nyenyak selepas bermain dlm kolam air panas.
salam lagi lina,
ReplyDeletesebenarnya tidak perlu pergi sampai ke Nagaoka untuk merasa onsen atau furoya, mana2 di Jepun ada.
Kalau nak tau tanda furoya, cari signboard yang bertulis "YU" dalam hiragana. Tulisan ini besar dalam warna merah, senang cari.
salam ummi,
ReplyDeletesebenar sebaik saja jahrera habis tulis komen di blog kamu, komen kamu juga masuk ke sini, macam kita membaca hati masing2 hehehehe.
Anyway, memang kalau dah ramai, tidaklah rasa malu tapi saya masih malu dan mengikut tututan ugama... menutup aurat.
Tapi kan...setiap kali saya masuk, ada saja 2-3 orang merenung saya...apa yg ditenung pun saja tak tahu. Walhal saya berkemban dan menutup badan. Pelik...
Halela; saya bayangkan saya dan Halela sedang bersantai dalam furoya - awak pandang saya, saya pandang awak. Waduh.... eh pandang di bahagian mata saja ya!
ReplyDeletesalam sri diah,
ReplyDeleteeh, saya kasi sri kain halus dan kita balut seksi-seksi, tak nampak maa?
Saya janji, bila sri sampai Okinawa, saya bawa ke furoya di hotel sun well pier and kita golek sana.
Salam kakLela
ReplyDeletebestnya...bila lah dapat merasa lagi. Saya dulu boss kasi satu bilik private, kita share 3 orang berkemban sampai sudah...
huuuuu..tapi tak nak lah aida. Segan & malu. Lagipun aida dah nak balik dah kat msia tak de benda gini..aida berendam kat rumah je lah.
ReplyDelete** balik msia 09/01/08
salam aida,
ReplyDeleteoh, tarikh balik sudah ditentukan ye.
Bila buat rumah di Msia nanti, masukkan bathtub yang besar, nanti k lela singgah...tumpang berendam.
Kalau rumah di Skudai, no hal, k lela banyak kawan sana, selalu singgah sana bila balik.
Salam cikMilah,
tentu hotel-chain Jepun di Msia menyediakan kemudahan sauna atau kolam air panas. Cubalah cari dan kalau ada, tak perlu datang jauh2 sampai ke Jepun.
kak lela,
ReplyDeleteinsyallah takpe kot. at least ada usaha nak mengcoverkan diri. IMHO la =)
semlm tak abis baca n3 ni.. so pagi ni bila tengok anak2 online kita pun potong Q nak samung balik..
ReplyDeletemasuk komen nak tergolek gak baca respon soma.. terbayang 1st taim masuk SPA tengok mcm2 pet ada, kura2, katak, kucing parsi, cicak kobeng.. hikhikhikhikhik
klela! awak memang lucu selamba