Sunday, April 13, 2008
Nejiribana
Orang Jepun namakan bunga ini sebagai nejiribana(hana) atau bunga nejiri.
Nejiri bermaksud putar/berputar/putaran atau twist.
Perhatikan putaran bunga ini. Saya rasa bunga ini tidak ada di tempat tropikal.
Dalam memilih kata musim atau kata alam mengikut musim, apabila mengilhamkan satu haiku, penulisnya harus mengkaji berbagai aspek perkataan tersebut.
Contoh, untuk menggunakan perkataan cengkerik. Penulis harus tahu peribadi atau character sang cengkerik atau jengkerik seperti lagunya, bentuk, warna dll.
Inilah proses pembelajaran haiku. Bukan haiku hanya haiku sahaja.
Setiap penulis haiku harus tahu latar belakang pada kata musim atau unsur alam yang digunakan dalam karya.
Baiklah, kita teruskan topik nejiribana tadi, cewah macam pensyarah biologi di dewan syarahan-tak salah berangan!
Nejiribana atau bunga putar-putar (saya mulakan istilah ini-DBP kata tak hidup di Msia hatta tak ada istilah bahasa melayu-classic excuse), ialah sejenis spesis rumput atau lalang. Samalah padi, padi juga sejenis rumput atau lalang.
Bunga putar-putar ini berputar macam bentuk tangga di belakang kedai kopi bertingkat tiga atau empat di Johor Bahru.
Spiral staircase atau tangga berputar.
Warnanya ummu lembut, bunganya halus dan tidak ada bau.
Ianya berputar-putar sampai kering, mungkin ia boleh berputar setakat 10 inci, sikit lebih kurang.
Dalam menggunakan bunga ini dalam karya haiku, kita boleh ambil metaforanya sebagai berusaha sampai ke atas, berputar menewaskan masalah, berputar untuk menyenangkan orang lain, pengorbanan, yakin dalam hidup sampai ke tahap tinggi. Itulah gambaran metafora bunga ini.
Jika ilham berhaiku tercetus setelah membaca entri ini, silakan tulis, kita kongsi.
Jika cantik dalam segala syarat-syarat haiku, saya hantarkan sedikit cenderahati. Boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percubaan pertama EP.
ReplyDeleteMeniti Arus
Merak Kembangkan Sayap
Bunga Nejiri
Terima kasih diatas penjelasan. EP akan cuba memperbaiki lagi penulisan haiku.
hana menjalar
ReplyDeleteribut melanda ganas
berpatah arang
Entri ke-2.
ReplyDeleteMelawan Arus
Rebah Bangun Semula
Bunga Negiri
Cantiknya bunga nejiri.. first time tengok dan memang tak ada di malaysia...
ReplyDeletesalam ep,
ReplyDeletekasitau sikit gua mana ep bertapa selama 2 tahun ini?
Haiku semakin power.
salam sakurasa,
ah ha, ini mesti tarikan kawan lama kita tu yang baru balik dari gua, sakura pun masuk berhaiku.
salam zar,
ReplyDeletebunga ini hanya hidup sebulan dalam setahun. Barang cantik tak tahan lama kan?
Sdr Lela, Ep & keluarga alhamdulillah afiat adanya. Ada kat Kuala Pilah sejak 2 tahun lepas. Sekarang dok rehat-rehat kat rumah. Tu sebabnya ada m,asa untuk menulis dan berhaiku.
ReplyDeletesdr ep,
ReplyDeleteterima kasih menceriakan kami di sana, kita teruskan dengan karya yang power-power :-)
auntie,
ReplyDeletebunga ni unik. agaknya boleh tak kalau dikeringkan dan laminate untuk penanda buku?
musim berlalu
ReplyDeletemenanti tunas nejiri
terpikat hati
salam azra,
ReplyDeleterasanya boleh laminatekan. aunty dah keringkan dan masukkan dalam buku tapi cara aunty sediakan untuk laminate tak berapa elok.
aunty cuba sekali lagi. musim bunga ini pun dah nak habis,kena cari sebelum dia hilang, kalau tak dapat kenalah tunggu tahun depan.
salam mrs,
ReplyDeletesalam kenalan juga, saya tak kenal siapa mrs,
terima kasih sudi mencuba haiku dan haiku ini ada unsur rindu menunggu seseorang yang diharap-harapkan.
salam kak lela.
ReplyDeletesebetulnya yang ini,
musim berlalu
Nanti tunas nejiri
terpikat hati
yg mula2 dah terlebih suku kata. hehehe.
siapa saya? klunya, kak lela ada kirim hello kitty buat kali ke 2 ke uk perdana ;)
salam jumaat mrs,
ReplyDeleteah, terasa pulak nak makan applepie, nak buat leceh betul, nak keluar pergi beli pun leceh...tak pe nanti pergi uk perdana (insyaAllah) kita makan bersama hehehe.
hehehe..
ReplyDeleteauntie lela,
ReplyDeleteazra pun selalu keringkan dengan cara masukkan dalam buku. selalunya daun-daun ni menjadi tapi kalau bunga susah sikit sebab dia berair dan tebal. paling senang ialah daun fern. mmg menjadi!