Inilah makanan saya untuk tengah hari tadi.
Tempe basah dan telur mentah lumatkan dalam nasi tiga sudu besar.
Tempe itu basah atau natto sebutan Jepun. Ianya masih dalam proses fermentasi, busuk dan berlendir.
Telur itu telur ayam kahwin bukan telur keluaran karan.
Mentah dan berlendir.
Loya tekak?
Perut ini sudah mengalami proses perubahan. Makanan melayu sudah tidak dapat diterima lagi walaupun air liur mencurah ingin rasa. Akhir sekali balik Malaysia, hari pertama makan di lapangan terbang Changi, black pepper mushroom. Kena perit perut sampai 40 hari. Dah janji berjumpa dengan blogger MA di Blue Wave Hotel-JB, tak jadi jumpa. Memual-mual perut.
http://halela.blogspot.com/2008/03/maccha.html
Keputusan jawapan perasa air batu kacang yang di entri ini, saya jelaskan sekarang. Sesudah 2 minggu yang saya janjikan.
Malangnya tidak ada sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat pada kedua-dua perasa itu.
Bukan corn dengan ubi.
Bukan caremel dengan ubi.
Bukan coklat dengan ubi.
Jawapannya:
Yang berwarna coklat itu perasa tepung kacang soya atau kinako.
Yang berwarna uggu(purple) itu perasa tepung ubi keledek unggu atau beni-imo yang hanya ditanam di pulau ini. Lain-lain kawasan di Jepun tidak ada.
Sorilah...lain kali kita cuba lain soalan ye.
Thursday, April 03, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Natto dah makan dan dah jadi feberet suami.
ReplyDeleteTelur mentah, teringin nak makan tapi belum berkesempata (sebab tiada dlm menu di restoran yg kami lawati). Org kata bukan semua telur boleh di makan mentah, ye Kak Lela?
Perut Kak Lela dah mengalami evolusi. hehehe
kak lela
ReplyDeletememang perut zar belum boleh terima yang mentah mentah kecuali kerabu. Telur setengah masak ok tapi bukan mentah.
Enjoy your food kak lela..
klela lupa lak nak ucap trimakasih buat iklan cupcake nina kat sini :D
ReplyDeletetengok ABC klela tu teringin jugak nak buat eksperimen ABC maccha
salam lina,
ReplyDeleteye, k lela pun ada dengar orang lain kata tak semua telur di Jepun boleh makan tapi semua telur di Jepun, k lela sudah makan cara mentah...taklah pernah kena perit dan mual perut.
Tapi jangan harap k lela boleh makan telur mentah luar negara Jepun, kot mati kena keracunan bakteria salikoma?
salam zar,
ReplyDeletekalau kerabu sayur kampung, hari-hari k lela makan pun tahan.
salam nina,
dah dua minggu baru awak datang, basi dah ABC maccha tu!