Monday, December 15, 2008

Kasut saiz 10

(Gambar dari kemera telefon bimbit Tomo, saya tak punya telefon bimbit)

Hari ini mungkin pecah rekod sebab pertama kali buat 2 catatan dalam sehari.
Sebenarnya sejak dari semalam ada sedikit kerunsingkan di benak ini. Kamera digital yang dibeli dua tahun lepas, sudah tidak berfungsi lagi. Imejnya hanya kelabu dan semalam saya bawa ke kedai kamera Kitamura (orang berkursus dari Msia gomar datang sini). Saya perlu tunjukkan surat geranti tapi entah mana saya gadakkan surat itu dah lupo.

Lalu saya duduklah terkebil-kebil mengenangkan nasib surat itu.
Otto melihat keadaan ini dan mengomel, "awak suruh saya thaubang tobu tu, dah thaubang copeklah makan!"
Sambil mengigit dan mengunyah tebu, saya terlihat dalam teebee sesuatu yang membahagia dan menghiburkan hati.

Lepas adegan membaling itu, saya kata pada Otto.
"Otto pun saiz 10, mehlah kita hantarkan kasut banyak-banyak kek kawan baik kita di Iraq tu, Muntazer al-zeidi."
Kalau kono kan ko lagi sodap!


4 comments:

  1. tu dia, Otto Kak Lela cakap Noghogi... :-)

    ReplyDelete
  2. kak lela

    kalau kena kasut saiz 10 mau buntang mato dio menahan benjol.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. kihkkihkihkih

    sayang sungguh si Bush tak dpt ciuman kasut size 10 kannn...tapi kelako la dgr cara kak lela borak dgn otto

    ReplyDelete
  4. kak, geram tengok tebu tu haaa. dulu2 masa kecik mak tanam keliling rumah dan tepi jalan. sekarang ni dah takde dah....

    ReplyDelete