Thursday, December 18, 2008

Ketagihan tongkat Ali

Dia datang lagi. Dia tahu hari ini Otto cuti. Sebelum dia datang, dia buat panggilan ke rumah ini terlebih dulu.
"Harera-san?," terdengar dia bertanya.
"Hait", tertanya-tanya siapakah gerangan yang menyebut nama ini dengan suara mesra.
Seterusnya dia minta bercakap dengan Otto.
Otto letak gagang telefon dan berkata dia akan datang dalam waktu tengah hari.
Kali ini saya sengaja makan tengah hari dengan sepinggan spaghetti di meja makan sewaktu dia menyoal-siasat Otto.
Dia menanyakan tanah perkuburan orang Islam di Jepun, adakah tanah perkuburan untuk orang Islam di Okinawa, kenapa ramai orang berkumpul minggu lepas di dewan kampus (hari raya korban-saya tak jadi solat raya sebab kurang sihat) dan ini soalan yang paling pelik...kenapa Otto tak berinteraksi dengan orang Bangladesh.
Otto balingkan pandangnya ke meja makan, bertanya kenapa dia tak berinteraksi dengan orang Bangladesh. Saya rasa soalan ini terlalu pelik hingga Otto sendiri tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan.
Saya terus terang berkata Otto tidak berinteraksi sebab Otto tidak bercakap dengan mereka...pusing-pusing situ juga. Sebetulnya bukan sahaja Otto tidak berbual dengan orang Bangladesh, dengan orang lain pun sama, tak kira bangsa. Otto memang tidak ada masa untuk berbual selepas solat Jumaat. Waktu tugasnya bermula dari jam 3 ptg dan sebelum dia memulakan tugas, dia harus lakukan persiapan rutin di rumah seperti atur jadual, semak senarai nama dll. Adakala khutbah dari orang Tanzania atau Somalia yang panjang lebar, berleret-leret, makanya Otto akan balik rumah kelam-kabut dan bergopoh-gapah membuat persiapan tugas untuk hari itu.
Otto berbalik kepada saya dan bertanya, kenapa saya PULA tidak berinteraksi dengan orang Bangladesh.
Dengan menahan emosi, saya kata sebab saya tidak keluar dari rumah ini pun. Saya tidak pergi solat Jumaat, saya tidak berjumpa dengan sesiapa bukan hanya orang Bangladesh, sesiapa pun saya tidak berinteraksi.
Apahal dengan orang Bangladesh? Kenapa dia sebut kaum Bangladesh tapi kaum yang lain tidak? Sungguh saya tidak faham apa yang berlaku sekarang.
Saya bercakap sambil menyuap spaghetti ke mulut, walaupun mata ini memandang pada makanan tapi saya rasa mereka merenung lama pada saya.
Untuk maklumat, saya berpakaian menutup aurat dengan teliti setiap kali dia datang.
Ini saya bangun pukul 4 pagi, tak dapat tidur, memikirkan keadaan yang pelik sekarang.

Dia kata dia datang hari ini hanya ingin memberikan barang untuk kami.
Barang ini dia beri sebagai hadiah peribadi.
Dia keluarkan kotak dari kertas bungkusan dan mengatakan dalam kotak itu ada berbagai jenis kopi.
Dia kata setiap kali dia datang saya hidangkan kopi. Itulah dia berikan kami kopi sebagai penghargaan.
Ingat tak saya hidangkan dia kopi dari Seremban yang bercampur dengan tongkat Ali, mungkinkah dia terasa kesedapan tongkat Ali itu?

Sebelum dia melangkah keluar, dia mohon kami memberi kerjasama seterusnya untuk tahun baru nanti.
Ini bermakna dia akan datang lagi.

Saya buat catatan ini dalam BM sebab tak mau mereka tahu hal ini. Maksud saya, mereka dari golongan orang dia dan orang-orang Islam yang tidak faham catatan ini, yang berada di sini.

http://halela.blogspot.com/2008/09/hadiah-hari-nuzul-al-quran.html

3 comments:

  1. dia ada hati dengan kak lela agaknya

    ReplyDelete
  2. salam kak Lela,

    orang Bangladesh tu ada buat hal ke? Kalau di sini, memang ada. Tp semua pendatang macam tu sama ada dari Indonesia, Myanmar atau Nepal.

    Skrg di Malaysia, org Myanmar asik bergaduh dan berbunuh sesama sendiri. Hem, alahai...

    ReplyDelete
  3. macam macam soalan yang menghairankan.. tapi kopi tingkat ali juga yang bes..

    ReplyDelete