Monday, April 27, 2009

Tatkala Cermai diBelandakan...

Tajuk kali ini sungguh berkobar-kobar dengan semangat keMelayuan. Tatkala cermai itu diBelandakan, namanya bertukar menjadi Cermai Belanda. Sikit pun tak berkait dengan negara Malaysia lagi. Tapi bolehkah jahrera diJepunkan?

Oh NO! Tidak!

Sejak FIL balik dari hospital, setiap pagi Otto masakkan sop tauco atau miso shiru untuk sarapannya. Dalam sop ini ada miso atau tauco. Pes miso ini seakan pes tauco yang orang melayu masukkan ke dalam kuah mi rebus. Dalam sop miso ini dimasukkan juga sayur, tauhu dll. Ia boleh dimakan dengan nasi, menjadi lauk. Sudah mencukupi sebagai satu hidangan.
Otto masak seperiuk kecil tapi FIL makan hanya sebekas sahaja setiap pagi. Yang lebih dalam periuk itu kami bertigalah harus habiskan setiap hari. Kenapa Otto masak sarapan, ada yang ingin tahu bukan?
Otto masak sarapan dan membuang air kencing FIL yang disimpan dalam botol kencing setiap pagi. Jahrera masak untuk tengah hari dan malam. Tengah hari 3 jenis lauk, malam 3 jenis lauk lain. Jadi kasihanlah pada Jahrera ya pembaca yang budiman. Janganlah kata jahrera ini bini buruk pula. Sedih, rasa terharu akibatnya.
Otto paksa jahrera habiskan sop yang berlebihan itu. Nak tahu apa jahrera kata pada dia?
"I'm not a Japanese, don't force me to eat Japanese food everyday!"
Ya betul. Ke mana jahrera pergi pun, di mana jahrera menetap pun, tekak ini masih tekak melayu lagi. Hati ini masih bersemangat melayu lagi. Bahasa ini masih melayu lagi dan lidah noghori masih menjela-jela pekat lagi.
Tak macam buah cermai itu. Dia sudah menjadi Belanda. Merah bukan kuning lagi. Dia sudah lupa asal usulnya. Walaupun dia merah di luar tapi di dalam dia masih masam. Mana boleh hilang naruni seseorang yang ada di dalam? Bukan senang berpura-pura seumur hidup.

Sebenarnya cermai itu ada di kebun jahrera. Selama ini jahrera namakan aserola tapi rupanya orang melayu menamakannya sebagai cermai belanda.

Pohon Cermai Belanda

Lepas entri bunga kesum di bawah itu, ada kawan nun jauh mengajar jahrera masak nasi kerabu dengan irisan daun kesum. Jahrera cubalah cara yang diajarkan. Sedap sangat. Tiga hari jahrera makan nasi kerabu seorang diri.



Kerabu Kesum/Cermai Belanda

Tentang baja asli untuk daun kesum itu, kalau tak jadi subur macam dalam gambar jahrera itu, jangan salahkan takdir atau jangan salahkan jahrera atau jangan salahkan kesum itu. Sebenarnya blogawan budiman kena tahu terlebih dahulu kandungan kimia dalam tanah sendiri. Kalau tanah itu tanah liat bermakna lebih bahan alkali dan air kencing yang banyak mengandungi bahan asid akan mengimbangkan kandungan kimia dalam tanah tersebut.
Jadi kalau tanah itu sudah mengandungi bahan asid dari asal, janganlah ditambah lagi dengan air kencing. Itu sudah melebihi paras asid dan mungkin kesum mendapat keracunan asid dengan air kencing itu. Berwaspadalah wahai blogawan.

Jangan kencing sebarangan sebelum mengetahui keadaan yang sebenar terlebih dulu.

**********

7 comments:

  1. kak lela

    yang penting jangan kencing sebarangan yer.. :)

    ReplyDelete
  2. Saya rasa JahRera cukup "dahsyat" - masak 6 jenis lauk dalam sehari? Wah..Kagum saya. Saya cuma masak 3 lauk sehari during weekdays (+ 1 desert) dan weekend pun cuma lebih 1 jenis je! Respect la kat JahRera. Nasi kerabu tu memang nampak best! (:-D

    ReplyDelete
  3. dan jangan kencing kat laman orang. hihihi

    ReplyDelete
  4. salam kak lela

    apakata kak lela melayu kan sikit miso soup tu. letaklah cili padi campur kicap (untuk bahagian kak lela ajelah)...kicap ya bukan shoyu, kalau ada kicap manis lagi sedap kut.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah menanam sepohon cermai belanda di halaman rumah teres saya sebagai tanaman hiasan. Buah-buahnya cantik macam buah gelugur tapi kecil dan berwarna merah.Suatu hari selepas balik bercuti pohon itu telah ditebang oleh seorang jiran berbangsa Cina yang tersilap faham kerana menyangkakan pohon tersebut adalah pohon liar. Sedih hati saya, walaupun berkali2 jiran saya meminta maaf tapi pohon itu takkan tumbuh semula.

    ReplyDelete
  6. Hye Sis..
    Salam dari Malaysia..
    Huhu..

    Ingat kengakawan, jgn kencing sebarangan..

    Sis..
    adik xleh connect internet malam. online kat ofis jer. Broadband ada tapi line 0 so setakat nie umah xder online.

    Nway, jika LOL ada kesempatan ke cyber malam, LOL akan inform kak awal k..
    Thanks keprihatinan Sis..

    ReplyDelete
  7. kak lela

    mak mentua baru bagi anak pokok kesum. masih dalam botol plastik minyak masak 5liter yang dipotong dua. kira mcm ala-ala pasu recyled gitu la...
    mak mentua selalu pesan bunga kesum ni kena siram banyak air. kak lela punya petua sudah up sikit la, kena siram banyak air kencing... :-)

    ReplyDelete