Thursday, May 07, 2009

Tatkala haiku diMelayukan...

*******
(Klik pada imej untuk dibesarkan)
*******
Haiku, karya Sdr Darma Mohammad di atas telah diterbitkan dalam majalah SOLUSI, Edisi ke-7 (Mei 2009).
4 rangkap haiku yang disiarkan itu dengan jelas membawa persoalan agama (berunsur Islam). Ini hendak menunjukkan bahawa haiku (bentuk puisi klasik Jepun yang memenuhi syarat asli teknik penulisannya), mampu ditulis dengan membawa berbagai persoalan yang digemari oleh sdr Darma Mohammad sendiri.

Haiku yang berunsur Islam sebelum ini telah ditulis oleh jahrera
seperti yang terdapat dalam ANTOLOGI HAIKU 2006 (Terbitan 2007) (lihat side bar di kanan halaman ini) yang lalu.
Sdr Darma Mohammad yang selama ini berminat menulis puisi-puisi
berunsur Islam, kini telah memasukkan unsur Islam dalam haiku pula.
Perkembangan haiku melalui kegigihan Sdr Darma Mohammad untuk mempertingkatkan mutu penulisan dan penyebarannya di dalam masyarakat Melayu semakin ketara. Unsur-unsur keIslamanan dalam haiku berkenaan membuktikan bahawa haiku bukan sahaja terhad untuk masyarakat Jepun, malah haiku sekarang sudah tersebar ke serata dunia dalam bahasa ibunda masing-masing (Tamil, Urdu, German, Perancis, Inggeris dll).

Inilah usaha jahrera memberi bimbingan kepada peminat-peminat haiku di Malaysia sudah menampakkan kejayaan.

***********

5 comments:

  1. I like it and very meaningful.

    ReplyDelete
  2. Jauh dalam maksudnya...hanya yang bisa sahaja mampu memahaminya

    ReplyDelete
  3. Saya benar-benar kagum atas tulisan Sdr Darma. Cuup memberi kesan di nurani.

    ReplyDelete
  4. salam pn jahrera.

    Merujuk kepada paparan "Tatkala Haiku diMelayukan" : Sebenarnya haiku [1] ada kesilapan pada B1. Izinkan saya betulkan teks asalnya :

    [1]

    Merinci ufuk
    camar tidak bersayap
    Subuh berbaris.

    DM.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. salam pn jahrera :

    Saya ingin betulkan haiku [1] seperti yang ada pada teks asal. Ada kesilapan pada B1.
    Sepatutnya dibaca :

    [1]
    Merinci ufuk
    camar tidak bersayap
    Subuh berbaris.

    DM

    Wassalam.

    ReplyDelete